
Perlu ada garis masa jelas buka sempadan negara – Muhyiddin
KUALA LUMPUR, 1 Feb – Kerajaan disaran menetapkan garis masa yang jelas untuk pembukaan semula sempadan negara bagi memulihkan pelbagai kegiatan ekonomi termasuk perdagangan, perindustrian, pelaburan dan pelancongan.
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihaknya telah mengusulkan kepada kepada kerajaan agar sempadan negara dibuka secara berperingkat bermula bulan lepas.
“MPN telah usulkan supaya sempadan negara dibuka secara berperingkat secepat mungkin, kita cadang Januari, tapi belum buka juga. Kerajaan kena ada garis masa tepat – sebulan ke, dua bulan ke.. (buka sempadan).
“Kita tutup sepanjang masa tak boleh, proses pemulihan ekonomi takkan berlaku, sekarang memang ada (proses pemulihan ekonomi) tapi terbatas dan kita takkan berjaya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Resepsi Tahun Baharu Cina anjuran Gerakan di sini hari ini.
MPN sebelum ini mencadangkan sempadan negara dibuka kepada pelawat antarabangsa selewat-lewatnya pada 1 Januari tahun ini.
Menurut Muhyiddin pembukaan sempadan boleh dibuat secara berperingkat dengan mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) tertentu termasuk kuarantin dan ujian saringan COVID-19 sebagai langkah berjaga-jaga susulan penularan varian Omicron. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘TERIMA KASIH JAGA MELAKA’ – AB RAUF ZAHIR PENGHARGAAN BUAT 5,000 PENJAWAT AWAM
AYER KEROH 22 September - Lebih 5,000 penjawat awam negeri dan Persekutuan menerima penghargaan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab...
‘MELAKA TAK RELAKS’ TANDA NEGERI SEDANG BERGERAK MAJU – AB RAUF
AYER KEROH 21 September - ‘Melaka tak relaks’ bukan sekadar menggambarkan padatnya jadual program dan aktiviti kerajaan, sebaliknya menjadi tanda...
JADIKAN MELAKA SAYANG RAKYAT JIWA PERKHIDMATAN AWAM – AB RAUF
AYER KEROH 21 September - Menjadikan Melaka Sayang Rakyat sebagai jiwa perkhidmatan menjadi antara tiga pesanan utama Ketua Menteri Datuk...
MELAKA PERUNTUK RM100,000 UNTUK PEMBANGUNAN BAKAT PENJAWAT AWAM
AYER KEROH 21 September - Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM100,000 bagi pembangunan bakat dan kompetensi penjawat awam Melaka dalam usaha...
93.6 PERATUS PUAS HATI PERKHIDMATAN AWAM MELAKA
AYER KEROH 21 September - Kadar kepuasan rakyat terhadap penyampaian perkhidmatan awam negeri melonjak kepada 93.6 peratus pada Fasa 1...
MELAKA CIPTA REPUTASI ANJUR 2,092 PROGRAM, REKOD 6 JUTA KEHADIRAN
AYER KEROH 21 September - Sebanyak 2,092 program utama anjuran Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah dilaksanakan di Melaka sepanjang...
