Perlu ada lesen untuk kutip hasil ‘kebun kerang’

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH – Jabatan Perikanan Negeri Melaka akan mengeluarkan lesen kepada peserta kebun kerang bagi mengelakkan kejadian mencuri hasil laut itu dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Mohd Fauzi Salehon, tidak menolak kemungkinan ramai yang akan mengambil kesempatan selepas benih yang ditabur di kebun kerang seluas 330 hektar sebelum ini memasuki fasa matang untuk dituai.

Beliau berkata, meskipun belum ada laporan kecurian dilaporkan pengeluaran lesen mahupun permit perlu dilaksanakan kerana pihaknya mempunyai peruntukan undang-undang yang boleh diambil terhadap pelaku.

“Apabila tempoh matang kerang ini nanti, peserta mahupun pengusaha hendak ambil benih kerang atau tuai hasil perlu ada lesen.

“Peserta juga diminta bekerjasama dengan Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) untuk pantau kebun kerang mereka.

“Ini adalah kerana lot di Zon Industri Akuakultur (ZIA) adalah sepanjang perairan Merlimau hingga ke Sebatu.

Mohd Fauzi berkata, jika fasa percubaan kebun kerang berjaya, program itu akan diperluaskan dengan jumlah peserta ditambah kepada 330 berbanding 30 sahaja ketika ini.

“Bagi 2023 pula kami akan buka 16 lagi lot tambahan dengan setiap satu berkeluasan 30 hektar,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1338
Kongsi :
Previous post Kerajaan ambil langkah ofensif, defensif, advokasi tangani masalah keselamatan siber
Next post Kerajaan ambil langkah tangani masalah keselamatan siber negara
Ubah saiz-+=