Perlu ada permintaan tinggi jika mahukan penerbangan Melaka-Sabah

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

SERI NEGERI 1 Mac – Laluan udara Melaka ke Sabah perlu dinilai menerusi permintaan penumpang yang tinggi sebelum memulakan perkhidmatan udara di negeri ini.

EXCO Pelancongan, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, syarikat penerbangan memerlukan jaminan pembayaran sekurangnya RM40,000 buat setiap kali penerbangan dan ia tidak dapat dilaksanakan sekiranya ia tidak mampu dicapai.

“Kita sedang berurusan dengan Syarikat penerbangan Malindo untuk usaha ini namun syarikat penerbangan domestik terlibat mahukan apa jaminan di setiap ‘pick up point’ itu kerana mereka tak nak ada kerugian.

“Untuk penerbangan Sabah kita nak tahu berapa banyak ‘demand and supply’ dan kalau setakat 50 orang sahaja nak gunakan perkhidmatan itu untuk pulang setiap bulan kita tak mampu laksanakannya kerana syarikat penerbangan mahukan jaminan pembayaran sekurangnya RM40,000 untuk setiap kali penerbangan,” katanya.

Beliau berkata sebagai menjawab soalan tambahan dari Dr Mohd Aleef Yusof (Bersatu-Sungai Udang) pada sesi lisan Sidang Dewan Undangan Negeri di Seri Negeri di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata bagi memperkasa sistem udara di Melaka, kerajaan negeri sedang memohon kepada kerajaan pusat bagi membuka laluan udara ke Indonesia berikutan membuka subsektor pelancongan kesihatan di Melaka.

Jelasnya, peracangan itu juga memberi kerjasama dari kerajaan Indonesia dan memberi ‘lampu hijau’ berhubung memperkasakan pelancongan kesihatan di Melaka.

“Memang ada perancangan untuk mendesak laluan udara bagi pelancongan kesihatan dibuka kerana ia akan memberi tambah nilai dalam memastikan Melaka sentiasa relevan dalam industri ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1089
Kongsi :
Previous post 417 produk, 75 syarikat dipasarakan di Platform Easy Shop Melaka
Next post Peniaga kecil mohon geran usahawan hingga RM20,000
Ubah saiz-+=