Persediaan hadapi TMM2024 antara agenda mesyuarat agung BISTARI

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 19 Mei – Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Melaka (BISTARI) melaksanakan pemilihan jawatankuasa baharu dalam memastikan setiap agenda yang dirancang berjalan lancar.

Pengerusinya, Datin Seri Zuriyah Ab. Aziz berkata, selari dengan matlamat persatuan yang menjadi ‘tulang belakang’ para suami menerajui kerajaan, pemilihan jawatankuasa itu menggambarkan komitmen BISTARI untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

Katanya, selain pemilihan jawatankuasa baharu, mesyuarat itu turut membincangkan beberapa perkara antaranya persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan program pengimarahan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.

“Sebagai pengerusi saya amat berharap urus setia BISTARI dapat menjalankan proses pemilihan jawatankuasa baharu ini dengan teratur dan telus.

“Sesungguhnya kelancaran setiap program BISTARI adalah berkat dengan adanya kesepakatan sokongan penuh antara Barisan Kepimpinan Ahli Jawatankuasa BISTARI, ahli-ahlinya, Japerun di setiap kawasan serta sumbangan kewangan dan keperluan lain daripada pelbagai pihak.

“Semoga program-program yang akan diatur ini mampu memberi impak positif kepada BISTARI dan rakyat keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung BISTARI Negeri Melaka kali ke-40 di sini, hari ini.

Terdahulu majlis itu dirasmikan Ketua Menteri yang juga Penasihat BISTARI Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1292
Kongsi :
Previous post Kerani maut tercampak dalam longkang
Next post Pidato Rukun Negara Piala TYT Melaka 2023 sasar 1,300 penyertaan
Ubah saiz-+=