
Kerani maut tercampak dalam longkang
PAYA RUMPUT 19 Mei – Seorang kerani maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dalam kejadian di Jalan One Krubong, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa, Nur Shamira Fazila, 25 meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tercampak dalam longkang sedalam kira-kira 2 meter.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan ke tempat kerja.
“Ketika di sampai di selekoh Jalan One Krubong berhampiran sebuah poliklinik, mangsa yang berada di lorong kiri terbabas ke tepi jalan.
“Impak kemalangan itu, mangsa terjatuh ke dalam longkang di tepi jalan.
“Mayat mangsa telah diangkat naik daripada dalam longkang oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka,” katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka dan Pol 61 telah dikeluarkan bagi mengetahui punca kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BUKTI ORANG ASAHAN SAYANG TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - Kehadiran ribuan rakyat memeriahkan siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi...
AGENDA SEJAHTERAKAN ASAHAN BELUM BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Tamatnya siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bukan bermakna komitmen...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN YB ALONG SANTUNI 32,000 WARGA ASAHAN
ASAHAN 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan atau lebih mesra dikenali sebagai...
‘KENAPA MELAKA TAK RELAKS?’ INI KATA TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - "Tok Rauf, apa yang tak relaks sangat Melaka ni... Ketua Menteri sendiri pula turun dari satu...
MELAKA TERUS PERKASA SEKTOR KOMUNITI, KESIHATAN
MACHAP JAYA 23 Ogos - Sektor komuniti dan kesihatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya antara yang mendapat perhatian...
‘PEMIMPIN TIDAK BOLEH DUDUK ATAS KAYANGAN, KENA JENGUK RUPA PARAS BUMI’ – AB RAUF
ASAHAN 23 Ogos – "Seorang pemimpin, dia tidak boleh duduk atas kayangan. Orang kata dia tak tahu bumi ni bagaimana...
