Sorting by

×

Pertandingan Pidato Rukun Negara 2022 sasar 3,000 penyertaan

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

PENGKALAN RAMA 23 Jun – Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan mempertandingkan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka 2022 menyasarkan 3,000 penyertaan berbanding 1,000 tahun lalu.

EXCO Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata sebanyak enam kategori dipertandingkan seperti Awam, Penjawat Awam, Bukan Melayu, Institusi Pengajian Tinggi, Sekolah Menengah (Bergandingan) dan Sekolah Rendah (Bergandingan).

“Penyertaan sudah dibuka 13 Jun lalu dan ditutup pada 15 Julai. Setakat ini sudah ada 1,000 penyertaan membabitkan sekolah rendah dan menengah.

“Mungkin penyertaan akan lebih daripada tahun lepas sebab tahun ini ada kategori baharu iaitu penjawat awam.

“Saringan pertama peserta perlu hantar rakaman sahaja, saringan kedua juga sama, peringkat pada September nanti barulah diadakan secara fizikal di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pertandingan pidato berkenaan di Pejabat RTM Melaka di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Pertandingan Pidato, Datuk Prof Dr Baharudin Puteh dan Penasihat Pidato, Datuk Wira Radhuana Salleh.

Hee Sem berkata, lima peserta terbaik bagi setiap kategori akan berentap pada peringkat akhir pertandingan.

“Hadiah keseluruhan disediakan berjumlah RM40,000 selain pemenang membawa pulang piala, buku dan sijil penyertaan.

“Kami berharap lebih ramai peserta bukan Melayu mengambil bahagian selaras dengan visi dan misi kerajaan dalam memupuk semangat perpaduan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1626
Kongsi :
Previous post Banjir: Kawasan terjejas meningkat tengah hari ini
Next post Singapura mahu terus perkukuh hubungan dengan Malaysia : PM Lee
Ubah saiz-+=