Peruntukan RM770,000 insentif untuk atlet Melaka cemerlang

Masa Membaca:56 Saat

SERI NEGERI 16 Mac – Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM770,000 bagi pemberian insentif kepada atlet negeri yang berjaya memenangi pingat di peringkat antarabangsa dan kebangsaan sejak 2018 lalu.

Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP Shanmugam berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM431,000 diperuntukan bagi yang memenangi pingat di peringkat antarabangsa.

“Manakala sebanyak RM339,000 diperuntukkan bagi atlet-atlet yang berjaya meraih pingat pada temasya SUKMA 2018 dan 2022.

“Insentif ini adalah antara sokongan Kerajaan Negeri kepada atlet agar terus berusaha untuk membanggakan Negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Mohd Noor Helmy Abdul Halem (BN-Duyong) mengenai tawaran diberikan kepada atlet Melaka yang berjaya di peringkat antarabangsa pada pada hari keempat Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke -15, di sini, hari ini.

Ujar Shanmugam, Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat dan menjaga kebajikan atlet di negeri ini dengan menyalurkan pelbagai bantuan kewangan dan pemberian peralatan sukan.

“Ini termasuklah bantuan menyertai kejohanan, hadiah insentif wang tunai kemenangan dan pelbagai skim galakkan agar mereka terus kekal bersama Negeri Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1290
Kongsi :
Previous post Chalet terapung bakal majukan semula Pulau Melaka – Ab Rauf
Next post Ladang ternakan baharu perlu jauh dari kawasan perumahan
Ubah saiz-+=