Chalet terapung bakal majukan semula Pulau Melaka – Ab Rauf

Masa Membaca:57 Saat

SERI NEGERI 16 Mac – Projek ‘Water Chalet’ yang akan dibangunkan di kawasan koridor ekonomi Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ) iaitu di Pulau Melaka dijangka menjadi tarikan baharu pengunjung ke negeri ini.

Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, projek itu dijangka akan mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.

Katanya, ia secara tidak langsung akan memberi pulangan yang baik kepada sektor pelancongan mahupun pelaburan.

“Pulau Melaka adalah satu kawasan awal diberikan hak milik tanah kepada pengusaha kawasan tersebut dipandu semula di bawah Ketua Menteri supaya kawasan tersebut dikaji semula agar lebih maju.

“Namun saya melihat projek berkonsepkan water chalet adalah projek yang terbaik untuk membangunan keseluruhan kawasan koridor ini nanti supaya menjadi satu katalis baharu Negeri Melaka.

“Seperti saya katakan dulu beberapa memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani untuk membangunkan kawasan ini malah dengan kerjasama semua agensi, saya yakin ‘water chalet’ ini akan menampakkan hasil,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Zulkiflee Mohd Zin (BN-Taboh Naning) pada hari keempat Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri ke-15, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1728
Kongsi :
Previous post Melaka cadang 13 tapak baharu rumah PPR – Exco
Next post Peruntukan RM770,000 insentif untuk atlet Melaka cemerlang
Ubah saiz-+=