Pesakit kanser, meningkat saban tahun

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

PENGKALAN BATU 4 Disember – Dianggarkan lebih 20,000 pesakit kanser baharu direkodkan di Malaysia, setiap tahun.

Pengarah Urusan, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) Dr M Murallitharan berkata, pada waktu ini, jumlah pesakit kanser yang direkodkan dalam negara adalah seramai lebih 100, 000 orang.

“Sebelum ini kebanyakkan pesakit kanser direkodkan berumur dalam lingkungan 40-an tetapi kini trend peningkatan direkodkan antara mereka yang berusia lewat 20-an awal 30-an, ia amat membimbangkan.

“Malah, untuk pengetahuan jumlah orang yang hidup dengan kanser sama ada tengah berjuang, sedang dirawat, mahupun sudah pulih daripada kanser lebih 100, 000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Acara Relay For Lite (RFL) – Luminaria 2022.

photo_2022-12-05_00-44-19
Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri Dr Muhamad Akmal (dua dari kanan) meletakkan lilin tanda simbolik pelancaran pada Majlis Perasmian Program Relay For Life (RFL) Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NSCM) Tahun 2022 di Kolej Universiti Manipal, Jalan Batu Hampar, Bukit Baru, Melaka. Foto: MR. AZLI

Majlis disempurnakan Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Dr Muhamad Akmal Saleh, dan hadir sama Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM) Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali dan Pengerusi Pendika, Amir Mamat.

Menurutnya, meskipun beberapa kanser antaranya kanser payu dara, usus dan paru-paru menunjukkan peningkatan namun kanser pangkal rahim yang amat ditakuti kaum wanita memperlihatkan penurunan.

“Untuk wanita kanser pangkal rahim paling tinggi tetapi kita boleh lihat penurunan dalam tempoh 10 tahun selepas menggunakan vaksin HPV,” katanya.

Mengulas lanjut, sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang berjuang bersama-sama pesakit kanser ini, pihaknya bercadang akan menganjurkan program satu negeri satu daerah.

“Menerusi program ini, kita akan fokuskan hanya satu daerah dan lakukan saringan sama ada tiga atau empat kali bersama dengan program kesedaran yang lain.

“Malah sebelum pandemik COVID-19 NCSM mengadakan kira-kira 300 program setiap tahun,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1940
Kongsi :
Previous post Klinik Kanser Bergerak, bantu kesan kanser lebih awal
Next post TPM Ahmad Zahid mula tugas secara rasmi di Perdana Putra
Ubah saiz-+=