Pesakit strok terima pencen ilat Perkeso

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

ALOR GAJAH 25 Ogos – Bekas kakitangan syarikat Dynacast (Melaka) Sdn. Bhd, Mohd Zulkipli Omar, 59, kini lumpuh anggota badan sebelah kiri akibat serangan angin ahmar Mei lalu menerima faedah pencen ilat bulanan berjumlah RM1,391.67 daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim berkata, bayaran membabitkan pencen ilat sebanyak RM891.67 dan bayaran faedah Elaun Layanan Sentiasa (ELS) berjumlah RM500.

“Mohd Zulkipli berkhidmat selama 11 tahun sebagai Ketua Operasi (Production) di syarikat berkenaan. Beliau mengalami strok kesan penyakit diabetes, hipertensi dan tekanan darah tinggi dihidapinya.

“OB juga mempunyai seorang isteri Norhayati berusia 59 tahun dans empat orang cahaya mata berusia 21 hingga 37 tahun,” katanya selepas melawat Mohd Zulkipli bersempena Majlis Penyerahan Faedah Perkeso dan Peralatan Pemulihan di Taman Kelemak Jaya di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengarah Perkeso Melaka, Abd Razak Omar.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan peralatan pemulihan daripada Perkeso iaitu lampin pakai buang, susu dan ‘ripple mattress’ kepada Mohd Zulkipli.

Menurutnya, setakat ini lebih RM319 juta telah dibayar pihak Perkeso kepada 252,188 pencarum yang terlibat.

“Semua majikan diingatkan untuk terus mencarum seperti ditetapkan di bawah Seksyen 4 dan Seksyen 5 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5807
Kongsi :
Previous post RM1.4 juta untuk Insentif Care SPM 2022 dan Biasiswa Melaka
Next post JPNM diminta pastikan Melaka terima guru tambahan
Ubah saiz-+=