
Pesara rugi lebih RM4.7 juta terpedaya pelaburan tidak wujud
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata siasatan awal mendapati wanita berusia 63 tahun itu melihat iklan pelaburan saham berkenaan menerusi laman Facebook pada Mac lepas sebelum dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp.
“Mangsa kemudiannya diminta membuka satu akaun pelaburan iaitu Foreign Direct Investment (FDI) Hub bertujuan melabur dalam pasaran saham tempatan dan dijanjikan keuntungan 11 hingga 13 peratus nilai pelaburan yang dibuat, selain itu lagi lama pelaburan dibuat, peratusan keuntungan turut meningkat.
“Tertarik dengan pelaburan itu, mangsa membuka akaun FDI Hub seperti diminta dan telah membuat 42 transaksi sebanyak RM4,749,214.00 hingga akhir Mei lepas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Iqbal berkata setelah keuntungan mencapai RM11.3 juta, mangsa cuba membuat pengeluaran wang daripada sistem FDI Hub itu, namun mendapati tiada sebarang kemasukan duit ke akaun bank miliknya.
Beliau berkata mangsa yang mengesyaki telah ditipu membuat laporan di Balai Polis Seksyen 9, di sini pada 12.30 tengah malam tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH RM370,000 DISALURKAN UNTUK SUMBANGAN IHYA RAMADAN PARLIMEN KOTA MELAKA
TELOK MAS 19 Mac - Sebanyak RM378,000 disalurkan Kerajaan Negeri menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi sumbangan Ihya' Ramadan...
TREND BELI ‘ONLINE’ TIDAK JEJAS PENIAGA BAZAR KLEBANG
KLEBANG 19 Mac - Walaupun trend pembelian dalam talian yang kini menjadi kegilaan rakyat Malaysia, namun ia tidak menjejaskan peniaga...
BOMBA SELAMAT DUA BERADIK TERKUNCI DALAM KERETA
MERLIMAU 19 Mac - Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau berjaya menyelamatkan dua beradik yang terkunci di...
MPJ PRIHATIN, SANTUNI PESARA MENJELANG AIDILFITRI
JASIN 19 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menzahirkan keprihatinan terhadap bekas kakitangannya menerusi program MPJ Santuni Pesara menjelang musim...
PINTU MASUK AYER KEROH ‘BERCAHAYA’ SAMBUT KEPULANGAN ANAK RANTAU
AYER KEROH 19 Mac - Pintu masuk Ayer Keroh akan dihiasi dengan pelbagai lampu berwarna-warni bagi menyambut kepulangan anak rantau...
KEMBARA RAMADAN KAK SOM SANTUNI WANITA
PENGKALAN BATU 19 Mac - Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Wanita Hang Tuah Jaya telah menganjurkan Kembara Ramadan 2025...