Piala Ketua Menteri Melaka: TT4Killer dan The Academy raih juara PUBG dan MLBB

Masa Membaca:1 Minit, 47 Saat

BANDARAYA MELAKA 10 Mac – Pasukan TT4Killer dan The Academy muncul juara Piala Ketua Menteri Melaka Esport Challenge 2022 bagi kategori Player Unknowns Battlegrounds (PUBG) dan Mobile Legends Bang Bang (MLBB).

Kedua-dua kumpulan itu membawa pulang wang tunai bernilai RM1,000 berserta piala pusingan dan medal dalam kejohanan yang diadakan selama tiga hari bermula 4 hingga 6 Mac lalu di Pusat Membeli Belah Aeon, Bandaraya Melaka.

Bagi tempat kedua kategori PUBG, disandang oleh pasukan FarangXMIT manakala untuk kategori MLBB disandang oleh Suhaz Jr. dengan masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM 700 dan medal.

Pasukan Tabrak Chicken meraih tempat ketiga bagi kategori PUBG manakala Saudagar EA Ebliz bagi kategori MLBB dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM500 berserta medal.

Kesemua hadiah kemenangan disampaikan oleh EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP Shanmugam selepas ucapan perasmian penutup kejohanan terbabit.

SHANMUGAM (dua kanan) ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang

Dalam pada itu, Shanmugam dalam ucapannya berkata kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan terhadap pembangunan belia dalam negeri termasuk perkembangan sukan elektronik yang merupakan cabang dalam industri digital.

“Sokongan kerajaan negeri terhadap perkembangan belia dalam sukan elektronik ini tidak akan pernah padam dan semoga dengan penganjuran sukan seperti ini mampu memajukan lagi industri sukan elektronik dan perkembangan belia Melaka dari masa ke semasa,” katanya.

Kejohanan anjuran Persatuan Sukan Elektronik Negeri Melaka (MEA) mendapat sambutan menggalakkan dengan 416 penyeretaan dari seluruh Malaysia.

Untuk setiap pasukan bagi kategori PUBG dan MLBB memerlukan sekurang-kurangnya lima orang untuk satu pasukan dan untuk keseluruhan seramai 64 pasukan bagi kategori PUBG, 16 pasukan untuk MLBB dan Permainan Tekken 7, disertai seramai 17 individu.

Dalam kejohanan sukan elektronik bersempena Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali itu turut diadakan pada hari pertama, sesi bual bicara bersama ikon sukan elektronik Melaka dan Pengulas profesional Melaka dengan tajuk Sejauh Mana Boleh Berkembang? bersama panel Si Jali, Higen dan HBO.

PUBG:

Juara – TT4Killer
Naib Juara- FarangXMIT
Ketiga-Tabrak Chicken

MLBB:

Juara- The Academy
Naib Juara-Suhaz Jr
Ketiga-Saudagar EA Ebliz

Tekken 7: 17 Individu

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1961
Kongsi :
Previous post PPV Offsite pemberian dos penggalak vaksin ditutup secara berperingkat – ProtectHealth
Next post Banjir di Kluang, 54 keluarga ditempatkan di tiga PPS
Ubah saiz-+=