
Piala Tun Abdul Razak: Hoki lelaki intai langkah kanan
AYER KEROH 19 Sept. – Skuad hoki lelaki Piala Tun Abdul Razak enggan berputih mata malam ini ketika bertemu Perlis pada aksi pertama di Stadium Hoki kebangsaan malam ini.
Biarpun persiapan kempen kali ini yang memasuki edisi ke-58 sedikit terjejas dengan kecederaan tonggak utama, namun Pengurus Pasukannya Mirandy Nawawi enggan melihatnya sebagai halangan dan menasihatkan skuadnya memberikan yang terbaik.
“Untuk kejohanan, pasukan melaka meletakkan sasaran layak ke separuh akhir, selain cuba sebaik mungkin mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada tahun lepas.
“Kerana kejohanan tahun ini melibatkan pemain-pemain kebangsaan yang dibenarkan untuk menyertai kejohanan. Selain itu, masalah kecederaan beberapa pemain tonggak, yang merupakan pelatih skuad remaja kebangsaan, juga memberi sedikit tekanan kepada pasukan dalam kempen tahun ini.
“Bagaimanapun kesemua pasukan boleh dikatakan seimbang dari segi pengalaman dan fizikal dan kita akan berikan fokus secara ‘game by game’.
“Untuk perlawanan pada malam ini menentang Perlis, pasukan Melaka akan cuba ‘all out’ mengutip tiga mata penuh bagi memastikan tempat di suku akhir,” katanya ketika dihubungi.
Views:
Related


Berita Lain
SENTUHAN KASIH MBMB UNTUK PENDUDUK DUYONG
DUYONG 15 Julai - Dua penduduk di Kampung Semabok dan Bukit Duyong tidak menyangka kepayahan hidup yang dialami mendapat perhatian...
WRUR DUYONG PASTIKAN TIADA YANG TERCICIR
DUYONG 15 Julai - Seramai 50 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong yang kurang bernasib baik disantuni pada Program Ziarah...
131 ANAK AUTISME MELAKA LAYAK TERIMA SUBSIDI YURAN PEMBELAJARAN
DUYONG 15 Julai - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka menyerdiakan peruntukan berjumlah RM65,000 sebagai bantuan Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak...
DUA PUNCA PENCEMARAN SUNGAI AIR BATU DIKENAL PASTI, PELAN TINDAKAN HOLISTIK DIAMBIL
PAYA RUMPUT 15 Julai - Dua punca utama telah dikenal pasti berkait dengan isu pencemaran Sungai Air Batu dan Sungai...
SATU NEGERI, SATU TABIKA KEMAS AUTISME TAHUN DEPAN
PAYA RUMPUT 15 Julai - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyasarkan satu tabika khas untuk kanak-kanak autisme di bawah...
WRUR DUYONG UKIR SENYUMAN ANAK-ANAK RUMAH KASIH
DUYONG 15 Julai - Seramai 20 anak-anak Rumah Kasih Tun Abdul Aziz (RKTAA) Durian Daun, di sini, diraikan bersempena sambutan...