Pindah perkerja asing di CLQ

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 10 Jun – Majikan digesa untuk memindahkan pekerja asing masing-masing ke Asrama Pekerja Berpusat (CLQ) atau I-Asrama di Ayer Keroh Eco Park, menjelang awal tahun hadapan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ketika ini pekerja asing ditempatkan di Penginapan Pekerja Secara Jangka Pendek (TLQ).

“Sekarang sudah ada CLQ pertama di Melaka, jadi TLQ yang dijadikan penginapan pekerja asing sebelum ini hanya sampai tahun 2025 sahaja. Sebelum ini  kerajaan menggesa mereka berpindah ke kawasan yang ada kemudahan pada 2024, tetapi ramai yang masih belum bersedia.

“Jadi kita akan pertimbangkan kepada pelabur-pelabur sudah membuat pelaburan membina kuaters asrama (TLQ) ini supaya tidak menanggung kerugian. Kita beri tempoh, bermula sekarang sehingga awal tahun 2025 supaya mereka bberpindah ke sini (CLQ),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Projek Penginapan Asrama Pekerja Berpusat (Centralised Labour Quarters) di Bangunan Asrama Pekerja, Zon Perindustrian Ayer Keroh Baru di sini, hari ini.

Hadir sama Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem; Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee; Pengarah PDG Property Group, Datuk Seri Gwee Yew Kiat dan lain-lain barisan kenamaan

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3055
Kongsi :
Previous post CLQ pertama Melaka tempatkan lebih 3,000 pekerja asing
Next post Apa ada di ‘Istana’ Merlimau?
Ubah saiz-+=