Pingat Jasa Cemerlang hargai bakti kakitangan awam Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 31 Mac – Kerajaan Melaka memperkenalkan Pingat Jasa Cemerlang (PJC) bagi menghargai kakitangan awam mempamerkan kecemerlangan luar biasa dalam melaksanakan tugas dan memberikan sumbangan berimpak tinggi kepada negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata seramai 489 individu dianugerahkan pingat itu khususnya mereka berbakti dalam menangani penularan wabak COVID-19.

“Majlis kali ini sedikit berbeza, di mana penganjuran kali ini merupakan gabungan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan PJC merupakan sejarah di mana pingat ini pertama kali diraikan di Melaka.

“Syabas dan tahniah kepada 62 penerima APC dalam kalangan warga Jabatan Ketua Menteri Melaka dan 489 penerima APC merangkumi pengawai awam negeri dan persekutuan.

“Semoga penganugerahan dan penghargaan ini dapat meningkatkan motivasi dan semangat semua untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2022 di sebuah hotel di Ayer Keroh, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari.

Sulaiman mengingatkan semua penjawat awam di Melaka agar memainkan peranan bagi memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada seluruh rakyat.

Menurutnya, semua Ketua Jabatan perlu memberikan komitmen dalam memastikan pentadbiran jabatan dan agensi dapat bergerak lancar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2006
Kongsi :
Previous post PDRM unjur pengambilan 5,027 konstabel tahun ini
Next post Shadan, Mohd Nasrul antara 489 penerima PJC
Ubah saiz-+=