Shadan, Mohd Nasrul antara 489 penerima PJC

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

AYER KEROH 31 Mac – Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman dan Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Mohd Nasrul Menhat antara 489 penerima Pingat Jasa Cemerlang (PJC) pertama kali diperkenalkan kerajaan Melaka.

Shadan ketika ditemui meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas penganugerahan itu yang dianggap sebagai penyuntik semangat kepada kakitangan awam untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik.

Beliau yang turut menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) berkata, banyak  lagi perancangan bakal memberi faedah kepada rakyat akan dilaksanakan MPHTJ selepas ini.

“Alhamdulillah terima kasih kepada kerajaan negeri, anugerah ini sebenarnya bukan untuk saya tapi Melaka dan MPHTJ sendiri.

“Kita akan bersama-sama kerajaan negeri dalam menunaikan menifesto dijanjikan khusus buat golongan muda dan penjaja,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu beliau menerima PJC dan APC yang disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2022 di sebuah hotel di Ayer Keroh, hari ini.

PENERIMA Pingat Jasa Cemerlang (PJC), Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka, Mohd Nasrul Menhat. Foto Iqmal Haqim Rosman.

Sementara itu, mewakili perkhidmatan awam persekutuan, Mohd Nasrul meluahkan rasa syukur atas penghargaan diterima atas jasa dan bakti menangani penularan wabak COVID-19 di negeri ini.

Katanya , kerjasama yang dibentuk antara agensi, kerajaan negeri dan rakyat merupakan kunci kepada perubahan bagi membendung penularan pandemik COVID-19.

“Alhamdulillah kesemua ini hasil kerjasama erat di semua peringkat negeri, rakyat, pemimpin setempat memainkan peranan dalam melawan COVID-19.

“Terima kasih kepada kerajaan negeri yang memberi pengiktirafan ini terutama golongan barisan hadapan di peringkat negeri dan persekutuan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1488
Kongsi :
Previous post Pingat Jasa Cemerlang hargai bakti kakitangan awam Melaka
Next post Pesara Telekom hilang hampir RM100,000 terpedaya macau scam
Ubah saiz-+=