PKP 2.0 : Melaka rayu kerajaan beri kelonggaran subsektor pelancongan sukan beroperasi

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

AYER KEROH 5 Feb. – Kerajaan negeri akan membuat rayuan kepada Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat supaya kelonggaran diberikan bagi subsektor pelancongan sukan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, permohonan itu bertujuan memperkasa semula sektor pelancongan yang terjejas di negeri ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dilaksanakan bagi membendung penularan COVID-19.

Bagaimanapun katanya, rayuan yang diusulkan itu hanya membabitkan terhadap sukan yang tidak membabitkan sentuhan antaranya permainan golf dan badminton bagi menjamin pendapatan pemain industri pelancongan yang terlibat.

Balapan golf di Kelab Golf & Rekreasi Ayer Keroh (AKCC) antara tumpuan pemain golf tempatan dan luar negara. Foto kredit – golfasian

“Rayuan ini akan diusulkan kepada peringkat nasional bagi memberi peluang beberapa sektor yang terlibat dalam membangunkan pelancongan Melaka yang terjejas.

“Bagi menjamin kebajikan terhadap pemain industri ini kerajaan negeri akan sentiasa mengatur strategi bagi memperkasa pelancongan di Melaka yang terkesan dengan pandemik ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Beliau berkata, bagi merancakkan semula pelancongan setiap pemain industri perlu berganding bahu dengan memperkenalkan pelbagai pakej menarik bagi meyakinkan pelancong berkunjung ke Melaka sebaik PKP berakhir.

“Dahulu kita melancarkan kempen ‘Dream Now, Travel Later’ namun ia perlu ditukar kepada ‘Buy Now, Travel Later’ bagi memastikan pasaran pelancongan tetap ada biarpun PKP 2.0 disambung.

“Kita perlu akur dengan ujian yang ada ini namun semua pemain industri pelancongan perlu lebih kreatif ke hadapan dalam mempromosikan produk pelancongan Melaka ke peringkat yang lebih baik.

“Dengan pendekatan yang diperkenalkan ini ia sedikit sebanyak membantu pemain industri bagi meningkatkan pendapatan pada masa akan datang,” katanya.

Views:

400
Kongsi :
Previous post Pengambilalihan kem PLKN bantu kurangkan kesesakan penjara, depoh tahanan
Next post Majoriti subsektor pelancongan gigit jari akibat COVID-19- MTA
Ubah saiz-+=