PKPB di Melaka dan beberapa negeri bermula Jumaat

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 16 Feb. – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dikuatkuasakan di Melaka sebelum ini akan dilonggarkan kepada PKP Bersyarat (PKPB) bermula Jumaat ini hingga 4 Mac depan.

Selain Melaka, negeri lain yang dilonggarkan ialah Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah, sementara Perlis kekal dengan PKP Pemulihan (PKPP).

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kelonggaran itu diberikan berikutan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi penilaian risiko dan Jawatankuasa Teknikal memaklumkan pergerakan kes semasa COVID-19 di seluruh negara menunjukkan perubahan.

Bagaimanapun, empat lagi negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang masih diletakkan di bawah PKP berikutan kes jangkitan harian yang direkodkan masih tinggi.

“Beberapa negeri selain Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang mula menunjukkan trend penurunan termasuk trend kes import (rentas negeri).

“Justeru, kerajaan menerusi sidang khas bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini bersetuju negeri Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah dilonggarkan kepada PKPB dari 19 Februari hingga 4 Mac depan.

“Perlis adalah satu-satunya negeri yang kesnya sangat berkurangan dan cadangan daripada KKM untuk ditukarkan kepada PKPP,” katanya pada sidang media harian berkaitan COVID-19, hari ini.

Katanya, bagi Sarawak, kerajaan negeri itu telah mengumumkan lanjutan PKPB mulai 15 Februari lalu hingga 1 Mac ini.

Views:

519
Kongsi :
Previous post ‘Malang’ berganda keluarga peniaga barangan pembinaan
Next post Tiada sekatan pergerakan dalam daerah sama mulai esok.
Ubah saiz-+=