
PKPB Sabah dilanjutkan hingga 9 November
KUALA LUMPUR 24 Okt. – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sabah yang dijadual berakhir 26 Oktober ini dilanjutkan selama 14 hari lagi sehingga 9 November.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini, selepas meneliti perkembangan semasa penularan COVID-19 di negeri itu.
Beliau berkata ketika ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih meneruskan saringan secara bersasar kepada penduduk.
“Sehingga kini masih terdapat peningkatan kes positif yang tinggi dikesan dalam kalangan penduduk di seluruh Sabah.
“Sehubungan itu, atas cadangan MKN Sabah dan nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPB di seluruh Sabah selama 14 hari,” katanya pada sidang media perkembangan PKP Pemulihan di Wisma Pertahanan di sini, hari ini.
PKPB di Sabah yang bermula 13 Oktober lepas sepatutnya tamat pada Isnin (26 Okt).
Views:
Related


Berita Lain
KETUA MENTERI UMUM BERITA GEMBIRA UNTUK WARGA SMK TELOK MAS
TELOK MAS 19 Jun - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Mas bakal menerima dua unit televisyen pintar (Smart TV) dan...
WRUR TELOK MAS REALISASI HASRAT RAKYAT
TELOK MAS 19 Jun - Penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas memberikan impak...
MELAKA BINA 13 MASJID BAHARU DALAM TEMPOH TIGA TAHUN – KM
TELOK MAS 18 Jun - Sebanyak 13 masjid baharu telah dibangunkan Kerajaan Negeri dalam tempoh tiga tahun sebagai bukti komitmen...
KETUA MENTERI TURUN PADANG SANTUNI RAKYAT TELOK MAS
TELOK MAS 18 Jun - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh meneruskan pendekatan mendekati rakyat apabila meluangkan masa...
PETUGAS PEMBERSIHAN PERKUKUH DAYA TARIKAN PELANCONGAN MELAKA
BANDA HILIR 18 Jun - Peranan yang dimainkan oleh pekerja pembersihan amat besar terutamanya dalam mengekalkan imej Melaka sebagai destinasi...
WARGA SMK TELOK MAS TERUJA SAMBUT KETUA MENTERI
TELOK MAS 18 Jun - Suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Mas bertukar gamat apabila pelajar memberikan tepukan gemuruh...
