
PKPD dilaksanakan di empat lokaliti Sabah mulai Selasa
KUALA LUMPUR, 5 Sept – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di empat lokaliti di Sabah, berkuat kuasa 7 hingga 20 Sept ini, susulan penilaian risiko dan trend jangkitan COVID-19 di kawasan berkenaan.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad berkata lokaliti di Sabah itu melibatkan Kampung Tetabuan di Beluran, Kampung Matagang di Keningau, Taman Pantai Lok Kawi di Papar dan Kampung Kilanas di Ranau.
“Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, PKPD di Kampung Buanot Matunggong di Kudat, Sabah, yang sepatutnya tamat esok dilanjutkan hingga 20 Sept.
PKPD di dua lokaliti di Tawau, Sabah pula ditamatkan esok selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan mengenai situasi semasa di kawasan terbabit.
Penamatan itu meliputi Kampung Pukat di Tanjung Batu Laut serta Kampung Balung Cocos.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DALAM BERAYA, MELAKA DIDIK RAKYAT AMAL KITAR SEMULA
AYER KEROH 28 Mac - Di sebalik kemeriahan Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Peringkat Negeri Melaka, Kerajaan Negeri turut...
MASYARAKAT CINA AKUI MELAKA MEMANG MESRA, SAYANG RAKYAT
AYER KEROH 28 Mac - Gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) terus mendapat sokongan rakyat berbilang kaum, termasuk komuniti Cina di...
‘RAKYAT PUN SAYANG MELAKA’
AYER KEROH 28 Mac - Rata-rata rakyat Melaka mengakui dapat merasai gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang dibawa Kerajaan Negeri...
CUACA PANAS: MELAKA BERJAYA KURANGKAN 50 PERATUS PEMBAZIRAN AIR, TIDAK LAKSANA CATUAN
AYER KEROH 28 Mac - Meskipun berlaku kemerosotan paras air di empangan utama Negeri Melaka susulan cuaca panas berterusan, namun...
MELAKA PERHALUSI, TELITI KEPERLUAN BEKERJA DARI RUMAH
AYER KEROH 28 Mac - Kerajaan Negeri akan memperhalusi dan meneliti keperluan menguatkuasakan dasar Bekerja Dari Rumah melibatkan penjawat awam...
LEBIH 40,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA SAYANG RAKYAT
AYER KEROH 28 Mac - Lebih 40,000 rakyat berbilang kaum hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Peringkat...
