PKPP 2.0: Melaka kekalkan 5 SJR

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

AYER KEROH 4 Mac. – Polis Melaka akan mengekalkan lima sekatan jalan raya (SJR) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 2.0 bermula esok.

Pegawai Turus Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Melaka, Deputi Superintendan Nik Ab. Halim Nik Mat berkata, kesemua SJR yang dikekalkan itu melibatkan kawasan sempadan negeri bagi mengelakkan sebarang cubaan rentas negeri.

Jelasnya, antara lokasi SJR yang dikekalkan ialah di Plaza Tol Ayer Keroh, Plaza Tol Simpang Ampat, Plaza Tol Lipat Kajang Jasin, Jalan Kuala Linggi dan Sungai Rambai.

NIK Ab Halim…SJR dikekalkan bagi mengekang cubaan rentas negeri.

“Kita juga akan melaksanakan SJR mobil secara berkala bagi mengekang cubaan rentas negeri yang mana kita memberi fokus kepada jalan-jalan kecil yang boleh digunakan untuk memasuki negeri ini.

“Sepanjang tempoh PKPP ini, kita akan menggunakan 140 anggota di kesemua SJR meliputi anggota polis, tentera dan RELA,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Beliau turut menasihati orang ramai agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang PKPP khususnya ketika berada di tempat sesak seperti kedai makan, pasaraya dan tempat tumpuan pelancong.

Dalam perkembangan lain, Nik Ab Halim memaklumkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 13 Januari lalu sehingga 3 Mac, sebanyak 108,414 permohonan rentas daerah dan negeri diterima pihaknya.

Daripada jumlah itu, jelasnya 107,928 permohonan telah diluluskan, manakala baki 486 lagi ditolak disebabkan alasan yang tidak munasabah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

530
Kongsi :
Previous post 16 PATI ditahan dalam operasi bersepadu JIM
Next post Pelajar IPT dikecualikan bayaran ujian pengesanan- Dr Adham
Ubah saiz-+=