PKRC MITC dilanjutkan sehingga Jun tahun depan

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 9 Dis – Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, akan dilanjutkan untuk tempoh enam bulan lagi, kata Exco Kesihatan Dr Muhamad Akmal Saleh.

Beliau berkata, perkara itu telah diluluskan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) semalam memandangkan tempoh sewaan PKRC itu akan tamat pada 19 Dis ini.

Katanya, pelanjutan tempoh PKRC itu bagaimanapun bukanlah disebabkan berlakunya peningkatan mendadak kes positif COVID-19 di negeri ini.

Sebaliknya, ia sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku gelombang baharu bawaan varian terkini COVID-19.

MUHAMAD Akmal ketika mengadakan lawatan ke PKRC MITC, baru-baru ini. (FOTO: Facebook Akmal Saleh)

“Walaupun kemasukan ke PKRC MITC hanya 24.7 peratus sahaja atau sekitar 300 pesakit berbanding kuota 1,500 yang disediakan, tetapi kerajaan negeri mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang tempoh ini.

“Ia berikutan terdapat varian baharu telah dikesan, jadi kita mengambil langkah untuk melanjutkannya (PKRC) untuk tempoh enam bulan lagi.

“Insya-Allah jika dalam tempoh enam bulan kita melihat kadar peningkatan tidak begitu banyak dan lebih baik mungkin kita akan tamatkan atau merancang memindahkan PKRC ke tempat lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Menara Persekutuan, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1014
Kongsi :
Previous post Isu projek HSR antara tumpuan di Dewan Rakyat, hari ini
Next post Kerajaan belum putuskan projek HSR KL-S’pura disambung atau sebaliknya – Mustapa
Ubah saiz-+=