
PM harap guru terus berbakti untuk anak-anak Keluarga Malaysia
Bersempena sambutan Hari Guru hari ini, beliau berkata tanggal 16 Mei merupakan hari yang cukup bermakna buat warga pendidik atas jasa dan pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa.
“Guru umpama pelita yang menerangi kehidupan sepanjang hayat. Onak dan ranjau tetap ditempuhi dengan tenang.
“Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua insan yang bergelar guru. Jangan pernah lelah menjadi pelita bagi Keluarga Malaysia,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau hari ini dengan turut memuat naik poster ucapan Hari Guru.
Ismail Sabri berkata tema sambutan Hari Guru pada tahun ini iaitu ‘Guru Tunjang Sekolah Sejahtera’ bertepatan dengan komitmen mereka untuk sentiasa memberikan yang terbaik dalam melahirkan pewaris generasi masa depan negara.
Majlis pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 Tahun 2022 diadakan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
300,000 KENDERAAN DIJANGKA MASUK KE MELAKA SEMPENA CUTI PERAYAAN, SEKOLAH
SUNGAI UDANG 27 Mei - Kira-kira 300,000 kenderaan dijangka memasuki Melaka sepanjang Hari Raya Aidiladha dan cuti sekolah dengan Banda...
2,000 TUNAI SOLAT SUNAT AIDILADHA DI KEM TERENDAK
SUNGAI UDANG 27 Mei - Aidiladha disambut dengan penuh ukhwah dan kesyukuran apabila kira-kira 2,000 jemaah terdiri daripada anggota tentera...
LPPKN MELAKA BANTU IBU BAPA HADAPI CABARAN DUNIA MODEN
AYER KEROH 27 Mei - Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Melaka terus memperkukuh institusi keluarga menerusi penyediaan perkhidmatan...
SENI ABSTRAK PASIR TERAPI JIWA NORHANEM
MACHAP JAYA 27 Mei - Kanvas putih, warna pastel dan juga pasir pantai menjadi medium komunikasi jiwa, terapi mental dan...
MELAKA ANJUR BENGKEL HALA TUJU KAMPUNG DIGITAL
KOTA LAKSAMANA 27 Mei - Sebuah bengkel berkaitan Kampung Digital akan diadakan tidak lama lagi bagi membincangkan hala tuju seterusnya...
UTEM PELOPOR DOKTOR AMALAN PROFESIONAL TVET PERTAMA NEGARA
DURIAN TUNGGAL 27 Mei - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melakar sejarah apabila menjadi institusi pengajian tinggi pertama di negara...
