
PM Ismail Sabri lawat kawasan terjejas banjir di Hulu Langat hari ini
HULU LANGAT, 26 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini membuat tinjauan kawasan terjejas banjir di sekitar Hulu Langat.
Tiba jam 9.50 pagi tadi, beliau meninjau rumah penduduk dan khabar mereka yang masih lagi bertungkus lumus membersihkan kediaman mereka yang terjejas banjir, Sabtu lalu.
Perdana Menteri kemudian meninjau pembersihan surau Al Munir yang difahamkan menjadi ‘penyelamat’ penduduk yang menaiki bumbung surau itu dalam kejadian pada Sabtu itu.
Perdana Menteri seterusnya ke beberapa lokasi melihat proses gotong-royong pembersihan kawasan taman tersebut oleh sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pasukan keselamatan terlibat.
Beliau turut melawat kawasan Kampung Dusun Tua yang turut terjejas.
Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SUDAH 16 TAHUN BERSARA, ZAID MASIH BERJIWA PENDIDIK
TANJUNG BIDARA 21 September - Sudah 16 tahun bersara sebagai guru, namun semangat mendidik dalam diri Zaid Md Saman, 72,...
MENARA TINJAU GAMIT ‘HIKERS’ TAWAN PUNCAK BUKIT GAPIS
ASAHAN 21 September - Aktiviti mendaki Bukit Gapis atau juga popular dengan panggilan Gunung Melaka kini lebih menarik dengan pembinaan...
TRADISI REWANG KENDURI RAKYAT IMBAU TRADISI DULU
TANJUNG BIDARA 21 September - Tradisi rewang kembali menghidupkan semangat gotong-royong apabila penduduk setempat berganding bahu menyediakan juadah untuk orang...
PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA MERIAH LUAR BIASA
TANJUNG BIDARA 21 September - "Memang tidak sangka, ia luar biasa dan meriah," itu kata pengunjung Norhayati Abdul Rahman yang...
AB RAUF MAHU PERTAHAN KEM GERAK KHAS DI BUMI MELAKA
SUNGAI UDANG 20 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberi jaminan kedudukan Kem Rejimen Gerak Khas...
HARI KELUARGA GERAK KHAS BAKAL JADI TRADISI TAHUNAN MELAKA
SUNGAI UDANG 20 September - Sambutan Hari Keluarga Rejimen Gerak Khas (RGK) dicadangkan untuk dijadikan acara tahunan peringkat Jabatan Ketua...
