
PM, Pemangku Raja Pahang bincang isu pulihara Harimau Malaya
KUALA LUMPUR, 23 Feb – Perancangan jangka panjang dalam memulihara spesies Harimau Malaya merupakan antara perkara yang dibincangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.
Ismail Sabri dalam kenyataan di laman Facebook berkata perbincangan itu berlangsung pada pertemuan dengan Tengku Hassanal yang berkenan mencemar duli melawat Pejabat Perdana Menteri petang kelmarin.
“Perbincangan adalah mengenai perancangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang dalam usaha memulihara penghidupan Harimau Malaya di Pahang dan bantuan yang boleh diberikan oleh Kerajaan Persekutuan.
“Saya juga menyembah maklum mengenai tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Persekutuan serta perancangan jangka panjang untuk memulihara Harimau Malaya,” katanya.
Perdana Menteri berkata Harimau Malaya merupakan haiwan hampir pupus dan terdapat kurang daripada 150 ekor di negara ini yang sebahagian besarnya adalah di Pahang.
Sebelum ini, Ismail Sabri berkata jika tindakan segera tidak diambil, Malaysia berdepan risiko kepupusan Harimau Malaya yang menjadi simbol Jata Negara, lambang negeri serta pelbagai kementerian, jabatan dan agensi. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...

