Sorting by

×

PM setuju konsep pembangunan M-WEZ Julai lalu – KM

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

SERI NEGERI 21 Sept. – Perdana Menteri menerusi Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) pada Julai lalu bersetuju dengan cadangan konsep pembangunan Zon Ekonomi Persisir Pantai Melaka (M-WEZ).

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, setakat ini kerajaan negeri di peringkat akhir untuk menghasilkan Blueprint M-WEZ bagi rujukan semua pihak.

“MPFN yang dipengerusikan YAB Perdana Menteri pada Julai lalu, secara dasarnya bersetuju dengan cadangan konsep pembangunan M-WEZ.

“Dengan adanya M-WEZ, kerajaan menyasarkan untuk menarik pelaburan baharu bernilai lebih RM100 bilion dalam tempoh 15 tahun akan datang, untuk gagah ‘berdiri sama tinggi’ setanding dengan Koridor Wilayah atau Zon Ekonomi sedia ada di Malaysia,” katanya.

SULAIMAN selaku Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan, Pembangunan Tanah, Pantai & Sungai, Pengurusan Air, Hal Ehwal Agama, Perindustrian, Pelaburan, Teknologi, Komunikasi, Multimedia dan Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC). Foto: MR. Azli

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-14 ‘Menuju Transformasi Sejahtera 2035 (TS35) di Seri Negeri, hari ini.

Jelasnya, kerajaan negeri merangka pengwujudan Zon Ekonomi Persisiran Pantai Negeri Melaka (M-WEZ) untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan di Melaka.

“Cadangan pembangunan koridor ekonomi ini meliputi kawasan tambakan laut sedia ada seluas 25,000 ekar di sepanjang 33 kilometer pesisir pantai Melaka yang akan menjadi ‘economic enabler’ baharu bagi negeri ini.

“Jika Tome Pires penulis buku The Suma Oriental mengatakan, dengan izin, ‘Whoever is lord of Malacca, has hand on the throat of Venice’, maka tidak hairanlah, dengan M-WEZ.

“Ia bakal menjadi ‘game changer’, merubah landskap kemajuan negeri ini bagi mengembalikan kegemilangan Melaka sebagai Pusat Perdagangan serantau termasyhur di dunia! Insya-Allah,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

772
Kongsi :
Previous post 5,103 lepasan politeknik ditawarkan ke universiti awam sesi 2021/2022
Next post Peruntukan lebih RM600,000 biayai keperluan masyarakat Orang Asli – Idris
Ubah saiz-+=