
Pokok tumbang di Jalan Sungai Putat, penunggang motosikal cedera
BATU BERENDAM 22 Jun – Seorang penunggang motosikal cedera selepas dihempap pokok tumbang di Jalan Sungai Putat, Batu Berendam di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa yang belum dikenal pasti identiti itu dipercayai sedang menunggang motosikal jenis Honda Wave sebelum dihempap sebatang pokok di laluan berkenaan.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Pegawai Bomba Kanan II Sany Sahari berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada jam 8.21 pagi dan tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian.
“Sebaik tiba di lokasi berkenaan mendapati kejadian turut melibatkan sebuah kereta jenis Honda Jazz yang dipercayai turut melalui kawasan tersebut.
“Penunggang motosikal yang dilaporkan mengalami cedera ringan telah dirawat oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Bomba.
“Anggota telah menjalankan kerja-kerja memotong pokok dan pembersihan jalan raya bagi memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum operasi ditamatkan pada jam 9.06 pagi,” katanya di sini hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
60 ‘HERO’ TURUN SUNGAI, JAGA IKON PELANCONGAN MELAKA
DUYONG 29 September - Seramai 60 peserta menelusuri Sungai Melaka sambil mengutip sampah dalam usaha membantu memastikan ikon pelancongan negeri...
JAM LAMA TIDAK DITUNTUT, MAIM BUKA PELUANG UMAT ISLAM SERTAI BIDAAN
PENGKALAN BATU 28 September - Masyarakat Islam berpeluang memiliki jam lama yang dikategorikan sebagai harta luqatah menerusi sesi bidaan anjuran...
KEPUASAN HATI RAKYAT UKURAN UTAMA KEJAYAAN MBMB – SHADAN
AYER KEROH 29 September - Prestasi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bukan hanya diukur berdasarkan projek besar yang dilaksanakan, sebaliknya...
PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN MAUT, 4 CEDERA DALAM KEMALANGAN DI BATU BERENDAM
KESIDANG 29 September – Seorang penolong pegawai perubatan maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Tunku Abdul...
MESRA BINA EKOSISTEM PENDIDIKAN ANAK MELAKA DARI BUAIAN HINGGA GRADUAN – EXCO
AYER KEROH 29 September - Kerajaan Negeri menerusi inisiatif Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Pendidikan berusaha membentuk ekosistem pendidikan secara menyeluruh...
SALHAH MAHU KAWASAN LAPANG ‘DIHIJAUKAN’, BERI MANFAAT KEPADA PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN
AYER KEROH 29 September - Kerajaan Negeri mahu kawasan lapang yang disediakan dalam pembangunan perumahan di Melaka dimanfaatkan sebaiknya bagi...
