Polis buru empat tahanan lari pusat kuarantin

Masa Membaca:54 Saat

PENAMPANG 1 Ogos – Polis sedang memburu empat tahanan termasuk tiga pendatang asing warga Filipina yang melarikan diri ketika dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, semua tahanan terbabit melarikan diri pada jam 3.30 pagi tadi.

DSP Mohd Haris turut mengetuai pemantauan udara bagi mengesan empat tahanan terbabit. Foto- Facebook IPD Penampang.

Katanya warga Filipina terbabit ialah Mohd Rahman Basir, 24, Mohd Diyazmir Razif Rudyaz, 20, dan Salman Arip, 19, manakala seorang lagi merupakan warga tempatan, Arippian Abdul, 27.

“Tahanan itu dipindahkan dari lokap Balai Polis Penampang ke PKRC berkenaan pada 24 Julai lalu, selepas disahkan positif COVID-19,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai semua tahanan supaya menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang di talian 088-723961 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

508
Kongsi :
Previous post Hampir 82,000 peranti diedar kepada pelajar di 618 sekolah
Next post NanoMalaysia lancar 2 program pacu pengkomersialan Nanoteknologi
Ubah saiz-+=