
Polis Johor siasat penipuan tiket bas VTL
JOHOR BAHRU 1 Mac – Polis Johor sedang menyiasat kes penipuan membabitkan penjualan tiket bas Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL).
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata siasatan dijalankan susulan laporan yang diterima hari ini berhubung penipuan penjualan tiket itu terhadap pekerja Malaysia di Singapura yang dibeli secara dalam talian dan juga menerusi Facebook.
“Polis Kontinjen Johor ambil maklum isu yang dilaporkan dan akan menjalankan siasatan terperinci,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihaknya juga akan bekerjasama dengan Pasukan Polis Singapura dalam siasatan kes itu. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SEKTOR KOPERASI SASAR LONJAK PENDAPATAN RM100 BILION TAHUN INI
BANDA HILIR 9 Oktober - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyasarkan pendapatan sektor koperasi meningkat kepada RM100 bilion tahun ini, berbanding...
BERMALAM DI MUZIUM: PELAJAR JADI KURATOR, SELONGKAR RAHSIA WARISAN
DUYONG 9 Oktober - Bukan sekadar bermalam dan meneroka ruang pameran, 79 pelajar daripada dua sekolah menengah di Melaka berpeluang...
516 KOPERASI MELAKA KUMPUL ASET RM608 JUTA
BANDA HILIR 9 Oktober - Gerakan koperasi Melaka terus menunjukkan perkembangan positif apabila 516 koperasi berdaftar di negeri ini merekodkan...
MELAKA ANGKAT KOPERASI KE ARUS PERDANA, BUKAN LAGI EKONOMI KELAS KEDUA
BANDA HILIR 8 Oktober - Dengan keanggotaan melebihi 177,000 orang, gerakan koperasi di Melaka terus diperkasa sebagai antara pemacu ekonomi...
JEREBU: SEMUA SEKOLAH DI MELAKA DITUTUP ESOK
AYER KEROH 8 Oktober - Semua sekolah di seluruh Melaka akan ditutup esok (9 Oktober) susulan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran...
MeSRA: MELAKA BINA EKOSISTEM EKONOMI, CIPTA PELUANG UNTUK RAKYAT
AYER KEROH 8 Oktober - Melaka memperkukuh ekosistem ekonominya dengan tidak hanya memberi tumpuan kepada kemasukan pelaburan, sebaliknya memperkemas pengurusan...

