tiktok polis tular

Polis kesan individu tularkan video disyaki terbabit rasuah

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Polis sedang mengesan individu bagi membantu siasatan berkenaan satu klip video tular di aplikasi TikTok yang membabitkan sebuah kereta peronda polis (MPV) disyaki mengambil suapan berhampiran sebuah stesen minyak.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata siasatan awal mendapati kejadian itu mungkin berlaku di Stesen Minyak Shell Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, menghala ke pusat bandar berhampiran pintu gerbang sempadan Kuala Lumpur-Selangor.

“Polis menyeru pemilik akaun TikTok mahupun orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan tarikh dan masa kejadian serta nombor pendaftaran kereta peronda polis berkenaan untuk tampil ke hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam tular satu klip video pendek berdurasi 31 saat dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok, stickerpro_my menunjukkan sebuah MPV polis disyaki telah mengambil suapan berhampiran stesen minyak Shell.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya ke Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

— BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

38
Previous post Pemilik kelab komedi didakwa buat hantaran video sentuh sensitiviti kaum di media sosial
WhatsApp Image 2022-07-22 at 12.39.02 PM Next post HOC: 7,165 rumah bernilai RM3.48 bilion terjual di Melaka