
Polis Marin tahan lelaki, rampas organ penyu di Semporna
SEMPORNA, 30 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) menahan seorang lelaki serta merampas pelbagai organ penyu yang sudah dipotong-potong di dalam ruangan sebuah perahu di Kampung Bangau-Bangau di sini semalam.
Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna DSP Mohamad Ismail berkata pihaknya ke lokasi kejadian pada 10 pagi dan menghampiri sebuah perahu yang berikat di tiang sebuah rumah sebelum menemukan suspek berumur 31 tahun dalam keadaan mencurigakan.
“Kemudian, pemeriksaan ke dalam ruangan perahu menemukan 25 keping sisik marginal penyu (RM3,500), 13 keping plastron (kulit bahagian dada) penyu (RM13,000) dan pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk melapah penyu antaranya pisau, kapak serta tukul,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad berkata suspek dan rampasan peralatan serta perahu dibawa ke Pangkalan PPM Semporna dan kes itu dirujuk kepada Jabatan Hidupan Liar.
Katanya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar (EPHL) 1997.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘IBU CUMA MAHU AIRA SEMBUH, KEMBALI CERIA’
AYER LIMAU 16 Ogos - Di sebalik senyuman dan semangat seorang kanak-kanak berusia enam tahun, tersimpan perjuangan getir melawan kanser...
KRT SUTERA WANGI AKTIF SATUKAN PENDUDUK, TANGANI ISU TAMAN
AYER KEROH 16 Ogos - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sutera Wangi Fasa Baru, Batu Berendam terus mempergiat aktiviti kemasyarakatan...
KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SUNTIK SEMANGAT PATRIOTIK RAKYAT MELAKA
AYER KEROH 16 Ogos - Kempen mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan yang dianjurkan Jabatan Penerangan (JaPen) Melaka bukan sahaja...
SHADAN DILANTIK KOMANDER REJIMEN 514 ASKAR WATANIAH
AYER KEROH 16 Ogos - Datuk Shadan Othman dilantik sebagai Komander Rejimen 514 Askar Wataniah Melaka yang baharu. Pelantikan itu...
MAIM SALUR RM30,000 BANTU ADIK AIRA LAWAN KANSER LIMFOMA
AYER LIMAU 16 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyalurkan sumbangan RM30,000 bagi membantu seorang kanak-kanak berusia enam tahun,...
KEENAKAN DODOL MELAKA JADI KENANGAN DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 16 Ogos - Pengalaman lima hari di Malaysia sepanjang mengikuti latihan dan menginap di Felda Hutan Percha memberi...
