Polis Melaka rampas RM13.16 juta dadah tahun ini

Masa Membaca:52 Saat

AYER KEROH 22 Nov – Polis Melaka berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM13.16 juta dalam tempoh awal tahun ini hingga kelmarin.

Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali berkata, rampasan itu meningkat 27 peratus berbanding RM487,283.35 nilai dadah yang dirampas sepanjang tahun lepas.

Katanya, dalam tempoh bermula Jan hingga 22 Nov lalu, seramai 1,794 orang penagih dadah ditahan berbanding 1,426 orang pada tahun lalu sekali gus menyaksikan peningkatan 26 peratus.

“Pihak polis telah ubah cara pendekatan untuk tangani dadah di Melaka dengan kita oergi sehingga ke peringkat akat umbi untuk meningkatkan risikan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, di sini hari ini.

Beliau berkata, peningkatan rampasan dadah di Melaka bukan bermaksud aktiviti penyalahgunaan atau pengedaran dadah tidak dapat dikawal.

“Ia sebaliknya menunjukkan keberkesanan aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan dalam usaha membanteras aktiviti tersebut,” katanya.

“Ini merupakan kejayaan yang amat cemerlang bagi kita untuk tangani dadah dengan strategi yang digunakan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1347
Kongsi :
Previous post 36 kawasan dijangka alami gangguan bekalan air
Next post UMNO Bahagian Masjid Tanah nafi kenyataan tular tolak Sulaiman
Ubah saiz-+=