
POLIS NAFI KEJADIAN CULIK MURID SEKOLAH DI LIMBANG
“Maklumat yang tular di media sosial berkenaan satu percubaan culik seorang murid di sebuah sekolah rendah di sini adalah palsu,” kata Ketua Polis Daerah Limbang Supt Parum Niot dalam kenyataan hari ini.
Beliau menasihati orang ramai supaya tidak terlibat dalam spekulasi yang boleh menimbulkan kebimbangan dalam masyarakat dan memaklumkan bahawa polis telah memperkukuh pemantauan keselamatan di semua kawasan sekolah.
Parum berkata tindakan tegas boleh diambil di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun, denda atau kedua-duanya selain tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya, atas kesalahan menyebarkan maklumat palsu. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ANAK JATI MELAKA BAWA SUKAN TAEKWANDO BERSINAR DI BATAM
AYER KEROH 10 September - Dari Bukit Baru ke pentas antarabangsa, anak jati Melaka, Faiz Safry membuktikan sentuhan jurulatih tempatan...
WRUR AYER LIMAU: RUMAH DAIF PESAKIT ANGIN AHMAR DAPAT PERHATIAN MPAG
AYER LIMAU 10 September - Keadaan rumah seorang pesakit angin ahmar yang uzur mendapat perhatian Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)...
MINAT BERTANI BAWA ‘MAMA’ KE KURSUS BAJA ORGANIK
AYER LIMAU 10 September - Hobi bercucuk tanam di kebun kecil berhampiran rumah bukan sekadar mengisi masa lapang buat Jamilah...
MASJID BAHARU BAKAL PERMUDAH URUSAN IBADAH PENDUDUK BERTAM
PAYA RUMPUT 10 September – Pembinaan masjid kariah baharu di Taman Desa Bertam membawa khabar gembira buat penduduk setempat apabila...
HADIAH LUMAYAN UNTUK PEMINJAM TAPEM KONSISTEN LUNAS PINJAMAN
AYER LIMAU 10 September - Peminjam Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) yang konsisten melunaskan bayaran pinjaman berpeluang membawa pulang...
‘TOK RAUF MASIH KENAL AYAH’
AYER LIMAU 10 September - Perbualan ringkas mengenai bapanya yang pernah berkhidmat di jabatan kesihatan bertukar menjadi detik tidak disangka...
