Polis rampas 407 rokok bernilai lebih RM6,000

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

AYER KEROH 16 Dis. – Menjual rokok seludup kepada pelanggan tetap yang dikenali sahaja termasuk pelajar sekolah antara taktik dilakukan dua penjaga premis di Plaza Sungai Udang bagi mengelak aktiviti jualan mereka dihidu pihak berkuasa.

Bagaimananapun kegiatan mereka terbongkar apabila pasukan Polis Marin Wilayah Dua menahan dua lelaki masing-masing berusia 27 dan 32 tahun dipercayai penjaga premis serta merampas 407 kotak rokok seludup bernilai RM6,140 termasuk cukai dalam dua serbuan berasingan di Plaza Sungai Gudang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afazanizar Ahmad berkata, hasil maklumat orang awam, pihaknya menjalankan serbuan pertama di premis pasar mini di plaza tersebut pada jam 11.15 malam dan merampas merampas 77 kotak rokok pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM1,150.

Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil pemeriksaan dalam premis kedua yang jaraknya kira-kira 100 meter dari lokasi premis pertama pada jam 11.50 malam, pihaknya merampas 330 kotak rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM4,990 yang disorokkan dalam premis tersebut.

“Hasil semakan mendapati kedua-dua suspek berusia 27 dan 32 tahun itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau namun kedua-duanya direman dua hari bagi membantu siasatan.

“Kedua-duanya bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti sumber bekalan rokok tidak bercukai berkenaan, namun ia diperoleh daripada penyeludupan menerusi jalan darat.

“Hasil maklumat orang ramai, kita dapati rokok seludup ini dijual kepada pelanggan tetap yang dikenali terutama kepada golongan B40 dan pelajar sekolah,” katanya.

Menurut Afzanizar, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(D) Akta Kastam iaitu memiliki barang larangan import iaitu rokok yang boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 135 (1)(V)(AA) akta sama.

Dalam perkembangan lain, katanya, setakat ini hasil rondaan pasukan polis marin mendapati tiada sebarang penemuan membabitkan penyeludupan rokok di perairan Melaka.

Views:

1195
Kongsi :
Previous post Rapid bus lakukan penstrukturan semula dua lagi laluan bawah inisiatif rasionalisasi
Next post Nazam wajar diketengah dalam acara rasmi kerajaan
Ubah saiz-+=