
POLIS SIASAT PENEMUAN MAYAT TERBAKAR BERHAMPIRAN STESEN KTM SERDANG
KUALA LUMPUR 27 Ogos – Mayat seorang lelaki dengan kesan terbakar pada badan ditemukan berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Serdang, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP AA Anbalagan berkata berdasarkan dokumen yang ditemukan di tempat kejadian, mangsa dipercayai warga Indonesia berusia 43 tahun, dikenali sebagai Udikalifan.
“Polis menerima laporan pada 11.45 pagi tadi mengenai penemuan mayat berkenaan oleh seorang wanita tempatan, di dalam semak selepas terowong pusingan U berhampiran KTM Serdang.
“Tiba di lokasi, didapati mayat dalam keadaan terbakar tetapi tidak rentung sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Anbalagan berkata mayat dihantar ke hospital untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
“Polis juga sedang mendapatkan pengesahan identiti mayat berkenaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan orang hilang diminta hadir ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SUNGAI MELAKA LOKASI PERTAMA LUAR CHINA PERKENAL BUDAYA PERAHU NAGA SHUANG RAO
BANDARAYA MELAKA 14 Jun – Sungai Melaka mencipta sejarah apabila dipilih sebagai lokasi pertama di luar China diperkenalkan budaya Perahu...
WRUR KESIDANG: MEDIPULIH SUMBANG 40 KAD RAHMAH UNTUK B40
KESIDANG 14 Jun - Klinik MediPulih terus memperkukuh komitmennya dalam memperkasakan agenda kesihatan komuniti apabila turut serta dalam Program Wakil...
FESTIVAL SUNGAI MELAKA BERLANGSUNG TIGA BULAN SEHINGGA SEPTEMBER DEPAN
BANDARAYA MELAKA 14 Jun - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menganjurkan Festival Sungai Melaka 2026 yang buat pertama...
WRUR TELOK MAS: PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR JADI FOKUS TOK AJAK
TELOK MAS 14 Jun - Isu melibatkan penyediaan infrastruktur lebih baik menjadi fokus utama sepanjang berlangsungnya Program Wakil Rakyat Untuk...
WRUR TELOK MAS: CABUTAN LEMBU, KAMBING, MOTOSIKAL MENANTI PENGUNJUNG BERTUAH
TELOK MAS 14 Jun - Cabutan bertuah utama menawarkan lembu, kambing dan motosikal menanti pengunjung bertuah hadir memeriahkan majlis penutup...
AJAK SEKAMPUNG FESTIVAL BUKA TIRAI WRUR TELOK MAS
TELOK MAS 14 Jun - Ajak Sekampung Festival 2026 berlangsung di Padang Taman Seri Telok Emas, membuka tirai Program Wakil...
