Sorting by

×

AJAK SEKAMPUNG FESTIVAL BUKA TIRAI WRUR TELOK MAS

Masa Membaca:1 Minit, 35 Saat

TELOK MAS 14 Jun – Ajak Sekampung Festival 2026 berlangsung di Padang Taman Seri Telok Emas, membuka tirai Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas bermula hari ini hingga 20 Jun nanti.

Lebih istimewa apabila hari pertama WRUR jatuh pada tarikh ulang tahun kelahiran Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman yang ke-53.

6156701238339243760
ACARA memotong pulut kuning sempena sambutan hari kelahiran Abdul Razak ke-53. Foto Iqmal Haqim Rosman

Abdul Razak yang juga Exco Pelancongan, Warisan, Seni Ajak Sekampung Festival 2026 menghimpunkan pelbagai elemen melibatkan sukan tradisional serta moden, aktiviti abseiling, flying fox, panjat tiang licin, karom, tarik tali, konda kondi, dan aji selain pertandingan memasak.

“Pagi tadi saya bersama warga DUN Telok Mas bersama-sama hadir ke Program Gegau Subuh di Masjid As-Solihin, Kampung Permatang Pasir dan kini kita bersama-sama hadir memeriahkan Ajak Sekampung Festival 2026. Alhamdulillah saya anggarkan hampir 4,000 orang hadir untuk mengambil bahagian dalam pelbagai acara yang disusun.

“Selain itu kita juga ada program tukar minyak hitam motosikal percuma kepada mereka yang hadir. Saya harap WRUR diteruskan dan dimasukkan dalam kalendar program Kerajaan Negeri kerana penganjurannya memberikan impak yang amat berkesan buat rakyat.

“Sebagai Adun Teluk Mas adalah keluarga besar saya. Itu adalah pegangan saya untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk di DUN ini,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan.

Hadir sama Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem merangkap Adun Duyong serta kenamaan lain.

Abdul Razak berkata, selain menyelesaikan permasalahan rakyat WRUR juga menjadi platform untuk memperkukuhkan lagi hubungan dan perpaduan kaum yang bukan sahaja di DUN Telok Mas tetapi di Negeri Melaka.

Terdahulu berlangsung sesi memotong pulut kuning sebagai simbolik kesyukuran menyambut hari ulang tahun Abdul Razak yang ke-35.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

451
Kongsi :
Previous post SUNGAI MELAKA LOKASI PERTAMA LUAR CHINA PERKENAL BUDAYA PERAHU NAGA SHUANG RAO
Next post WRUR TELOK MAS: CABUTAN LEMBU, KAMBING MOTOSIKAL MENANTI PENGUNJUNG BERTUAH