
Polis tahan pasangan suami isteri disyaki dera dua kanak-kanak lelaki
KENINGAU, 5 April – Polis menahan satu pasangan suami isteri kerana disyaki mendera dua kanak-kanak lelaki berusia lima dan 13 tahun di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Keningau Supt Yampil Anak Garai berkata kanak-kanak berusia 13 tahun itu merupakan anak tiri kepada suspek wanita, manakala kanak-kanak berusia lima tahun itu adalah anak angkat kepada pasangan berkenaan.
Beliau berkata pasangan berumur 27 dan 36 tahun itu ditahan di rumah sewa mereka di sini, dan kejadian dera dipercayai berlaku antara 24 dan 30 Mac lepas.
Menurutnya kejadian itu disedari seorang lelaki berusia 27 tahun Selasa lepas apabila didatangi kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun untuk menjual burger, dan lelaki itu mengesan beberapa kesan luka serta melecur pada kanak-kanak berkenaan, dipercayai akibat didera.
Bercakap kepada pemberita ketika dihubungi hari ini Yampil berkata terdapat kesan melecur di badan kedua-dua kanak-kanak itu, disyaki akibat ditekap dengan seterika, dan juga melecur pada kaki dipercayai akibat terkena air panas.
Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘JURUTERA HUTAN’ PENYERI ZOO MELAKA
AYER KEROH 16 Mei - Beruang matahari yang merupakan spesies beruang paling kecil di dunia memiliki pelbagai keunikan yang mungkin...
TEATER AMAL: MANEK SULAMKAN SI-AYER MATA BANTU KUMPUL DANA BANTU ASNAF
AYER KEROH 16 Mei - Keunikan seni budaya Peranakan Baba dan Nyonya dipersembahkan menerusi Teater Amal: Manek Sulamkan Si-Ayer Mata...
TOK RAUF MAHU PERKASA ANAK MASJID TANAH
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Pelbagai inisiatif sudah dan akan terus dilaksanakan bagi terus memperkasa aspek pembangunan anak-anak di lima...
BANTUAN ‘ONE OFF’ UNTUK PIBG, SUMBANGAN KHAS HARGAI PESARA GURU
TANJUNG BIDARA - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengumumkan sumbangan secara 'one-off' berjumlah RM213,000 kepada Persatuan Ibu...
KETUA MENTERI UCAP SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga...
‘DAK RAUF TAK LUPA JASA GURU’
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Guru atau cikgu, amat dekat di hati Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh,...
