
POLIS TAHAN PENGASUH TASKA DIDAKWA DERA DUA BERADIK
JERTIH 6 September – Polis menahan dua pengasuh wanita kerana disyaki melakukan penderaan terhadap kanak-kanak berusia tiga dan satu tahun di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Kampung Raja di sini.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata suspek masing-masing berusia 26 dan 50 tahun ditahan petang ini susulan satu laporan polis dibuat oleh ibu mangsa pada 7 petang semalam.
“Ibu kanak-kanak terbabit mengetahui kejadian tersebut selepas diberitahu dan ditunjukkan video oleh seseorang petang semalam.
“Siasatan awal mendapati mangsa kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun mempunyai satu kesan bengkak kecil di dahi manakala adik perempuannya berusia setahun terdapat satu kesan cubit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Rozak berkata kedua-dua suspek warga tempatan itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Besut untuk permohonan reman esok.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sementara itu, Abdul Rozak berkata siasatan awal mendapati taska berkenaan mendaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Terdahulu, tular video berdurasi 0.25 saat di media sosial berhubung kes dera kanak-kanak di sebuah taska. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM BANTU MANGSA KEBAKARAN JANA SEMULA PENDAPATAN
TANJUNG BIDARA 18 Jun - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menyediakan kemudahan mesin jahit bagi membantu mangsa kebakaran Samsiah...
MBMB HARGAI JASA, RAI PEKERJA PEMBERSIHAN
BANDA HILIR 18 Jun - Kerajaan Negeri menerusi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) meraikan lebih 100 pekerja pembersihan bersempena sambutan...
SANTUNI MANGSA KEBAKARAN BUKTI TOK RAUF PRIHATIN KESUSAHAN RAKYAT
TANJUNG BIDARA 18 Jun - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh meluangkan masa untuk menziarahi Mohd Fairus Hamzah,...
MBMB TURUN PADANG SANTUNI PENDUDUK, SALUR BANTUAN IKUT KEPERLUAN
TELOK MAS 18 Jun – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) meneruskan pendekatan turun padang dengan menyantuni pemilik tujuh buah rumah...
RUMAH USANG JADI SAKSI KETABAHAN IBU TUNGGAL
TELOK MAS 18 Jun – Kehidupan seorang ibu tunggal, Rafedah Othman, 57, penuh liku apabila terpaksa meneruskan kehidupan di rumah...
JENAMA KOPI KEGEMARAN RAKYAT MALAYSIA ‘LAHIR’ DI KESIDANG
KESIDANG 18 Jun – Siapa yang tidak mengenali jenama kopi terkenal Aik Cheong yang menjadi pilihan rakyat Malaysia sejak puluhan...
