
Polis tahan wanita disyaki pukul suami sampai mati
SHAH ALAM, 11 Jun – Polis menahan seorang wanita kerana disyaki membunuh suaminya di rumah sewa mereka di Taman Sri Muda di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya turut menahan adik lelaki mangsa berusia 29 tahun di rumah yang sama kerana dipercayai bersubahat.
Hasil siasatan pihaknya Mohd Iqbal berkata mangsa yang berusia 42 tahun ditemukan mati di rumah itu dengan lima kesan tetakan di belakang kepala selain kesan lebam pada badan, bibir terkoyak dan bengkak pada pipi disyaki akibat dipukul dengan senjata tumpul dalam kejadian sekitar 12.30 tengah malam semalam (10 Jun).
“Isterinya telah bertindak memukul mangsa yang mabuk hingga rebah kerana berang dengan sikap mangsa yang merupakan seorang kaki mabuk. Susulan itu mangsa mati di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Iqbal berkata pihaknya telah menahan wanita berusia 40 tahun itu yang merupakan pekerja kilang dan adik mangsa sekitar pukul 3 petang.
Beliau berkata pasangan itu telah berkahwin selama 18 tahun dan adik mangsa adalah seorang pelajar kolej swasta yang tinggal bersama mereka sejak enam bulan lepas, manakala mangsa bekerja sendiri dalam sektor pembersihan.
Kedua-dua suspek kini direman selama enam hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENYATUAN UMMAH PERLU DIUSAHAKAN, PERBEZAAN PARTI JANGAN HALANG KESEPAKATAN
AYER KEROH 26 September - Gerakan penyatuan ummah perlu terus diusahakan supaya perbezaan parti politik tidak menjadi penghalang kepada kesepakatan...
TPM GARIS TIGA LANGKAH PERKUKUH KEFAHAMAN SEJARAH, KEHARMONIAN NEGARA
AYER KEROH 26 September - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan tiga perkara utama bagi...
A.K.A.R JADI PEGANGAN KENEGARAAN, PANDU BINA MASA DEPAN BERSAMA – AHMAD ZAHID
AYER KEROH 26 September - Akronim A.K.A.R diperkenalkan sebagai pegangan kenegaraan yang merumuskan empat prinsip utama bagi membimbing masyarakat memahami...
AGENDA MALAYSIA BIRU PACU MALAYSIA MENUJU 100 TAHUN KEMERDEKAAN
AYER KEROH 26 September - Agenda Malaysia Biru digariskan sebagai ikhtiar untuk memastikan kekuatan sejarah dan jati diri negara diterjemahkan...
ANGGUR BERBUAH MANIS DI BUMI AYER LIMAU
AYER LIMAU 26 September - Bermula dengan hanya 10 hingga 20 pokok di tepi rumah, minat sebuah keluarga terhadap tanaman...
SIRIH JUNJUNG SEBAGAI ‘KEPALA ADAT’ LAMBANG KESOPANAN, ADAB ORANG MELAYU
TANJUNG BIDARA 26 September - Sirih junjung bukan hanya sekadar untuk menterjemahkan kreativiti bermain dalam minta dengan menggubah daun sirih...
