
Polis tak berat sebelah kompaun parti politik ingkar SOP
KRUBONG 31 Okt – Polis Melaka menggesa semua parti politik terus mematuhi prosedur operasi standard, (SOP) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov depan.
Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid berkata, gesaan itu sekaligus menafikan pihaknya bertindak berat sebelah ketika mengenakan kompaun ke atas beberapa parti politik yang didapati melanggar SOP.
Katanya, tindakan akan diambil terhadap mana-mana individu atau penganjur majlis mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
“Kita gesa, semua parti dapat ikut SOP yang dikeluarkan dan jangan melanggar peraturan.
“Isu berat sebelah, bagi kami, tindakan yang diambil oleh adalah ke atas individu dan penganjur yang melanggar Akta 342, itu sahaja, ‘we are color blind’ tentang parti (politik) dalam menguatkuasakan undang-undang.
“Sebab kita agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan dalam menjaga kedaulatan dan undang-undang, jadi kita tidak melihat parti untuk ambil tindakan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Operasi Jihad Dadah di Krubong, hari ini.
Tambahnya, pihak polis bertegas dalam menjaga keselamatan dan keamanan orang awam lebih-lebih lagi menjelang musim PRN itu nanti.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...


