Sorting by

×

Politeknik Melaka lahir hampir 10,000 graduan sejak 2000

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

MERLIMAU 12 Mac – Sejak tahun 2000 hingga sekarang, Politeknik Melaka (PMK) telah melahirkan seramai 9,551 graduan di negeri ini.

EXCO Pendidikan Negeri Datuk Rais Yasin berkata, jumlah itu dianggap satu pencapaian cukup membanggakan dan menjadi bukti bahawa institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini banyak menyumbang dalam melahirkan modal insan berkualiti dan berpendidikan tinggi.

“Para graduan ini merupakan kebanggaan semua kerana mereka inilah yang akan menyumbang kepada negeri dan negara suatu hari nanti.

“Mereka jugalah yang menjadi individu mencorakkan hala tuju negara dan bangsa pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali merasmikan Majlis Konvokesyen Politeknik Melaka Kali Ke-19 di Dewan Platinum Politeknik Merlimau Melaka, hari ini.

Seramai 943 graduan Diploma Politeknik Melaka graduasi dalam Majlis Konvokesyen Politeknik Melaka (PMK) ke-19 di Dewan Platinum Politeknik merlimau, hari ini.

Rais berkata, majlis konvokesyen kali ke-19 itu tertangguh selama dua tahun selepas pandemik COVID-19 melanda negara.

Secara keseluruhan seramai 943 graduan bakal diraikan dalam majlis yang diadakan dalam empat sidang mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan itu.

Dalam majlis tersebut, Rais turut diberi penghargaan menyampaikan diploma kepada 187 graduan dari Jabatan Perdagangan dalam jurusan Diploma Perakaunan PMK, selain menyampaikan Anugerah Pengarah Politeknik kepada Bella Nur Liza Ali Mahfud graduan yang datang dari keluarga kurang berkemampuan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2002
Kongsi :
Previous post PRN Johor: 50 peratus keluar mengundi setakat 4 petang – SPR
Next post PRN Johor: Pusat mengundi ditutup, proses kira undi bermula
Ubah saiz-+=