
Positif COVID-19, Ghafaar kini stabil – Anak
MELAKA 11 Nov – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan yang dimasukkan ke Hospital Besar Melaka sejak Ahad lepas akibat jangkitan COVID-19, kini dalam keadaan stabil, dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan.
Anaknya Norhalis, 35, ketika dihubungi berkata bapanya mula batuk-batuk Ahad lepas dan membuat ujian pengesanan di sebuah hospital swasta sebelum disahkan positif, dan dia disyaki mendapat jangkitan itu dari anggota keluarganya.
“Doktor ada menghubungi saya semalam menyatakan bahawa walaupun bacaan oksigennya masih rendah, tetapi dia stabil,” katanya.
Sehubungan itu beliau dengan rendah hati memohon orang ramai supaya mendoakan kesembuhan bapanya dan membacakan Yassin Syifa untuknya.
Semalam beberapa media melaporkan Abdul Ghafaar berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan di ICU Hospital Melaka akibat COVID-19. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PELAN DISIPLIN ANAK MELAKA AKAN DIWUJUDKAN – KM
AYER KEROH 13 Disember - Kerajaan Negeri bercadang membangunkan dasar dan pekeliling baharu pendidikan yang lebih komprehensif di bawah Pelan...
MELAKA BENTANG 10 RESOLUSI TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Disember - Sebanyak 10 resolusi dalam memeta hala tuju pendidikan negara akan dibawa Kerajaan Negeri menerusi penganjuran...
MELAKA BAWA RESOLUSI BENARKAN HUKUMAN ROTAN DI SEKOLAH
AYER KEROH 13 Disember - Mewujudkan seksyen khas bagi membenarkan hukuman rotan pelajar di sekolah menjadi antara 10 resolusi yang...
PROMOSI CUTI SEKOLAH DI MELAKA WONDERLAND, TIKET SERENDAH RM35!
AYER KEROH 13 Disember – Musim cuti sekolah Disember 2025 semakin dekat dan Melaka Wonderland Theme Park & Resort tidak...
RAIS TUNAI JANJI, REALISASIKAN PUSAT PENJAJA DI TAMAN KRUBONG JAYA
PAYA RUMPUT 13 Disember - Impian penjaja di sekitar Taman Krubong Jaya untuk berniaga di sebuah tapak yang lebih selesa...
GENG RXZ DATANG MELAKA JANGAN BUAT DUA PERKARA INI
AYER KEROH 13 Disember - Polis Melaka mengingatkan peserta-peserta RXZ Members Ride Edition 3.0 di negeri ini agar tidak melakukan...
