PPN Fasa 4: Polis Melaka keluar 132 kompaun berjumlah RM520,000

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

PULAU BESAR 9 Dis – Polis Melaka mengeluarkan sebanyak 132 kompaun berjumlah RM520,000 sejak peralihan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4, Okt lalu sehingga kini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali berkata, sepanjang PPN Fasa 4 itu, pihaknya mengekalkan sebanyak 134 pasukan Op Pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, pasukan Op Pematuhan SOP itu terdiri daripada kekuatan seramai 883 anggota dan pegawai.

“Bermula daripada PPN Fasa 4, PDRM masih mengekalkan sebanyak 135 team dengan jumlah pegawai dan anggota adalah sebanyak 883 orang bagi melaksanakan OP pematuhan SOP ini.

“Dalam tempoh itu sebanyak 132 kompaun telah di keluarkan atas pelbagai kesalahan yang melibatkan jumlah RM 520,000.00.

“PDRM Melaka tanpa rasa jemu akan meneruskan OP Pematuhan bersama Jabatan dan Agensi bantuan di lokasi yang di kenal pasti menjadi tumpuan ramai,”katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Abdul Majid berkata pihaknya terus komited meneruskan OP Pematuhan bersama beberapa agensi kerajaan lain bagi membendung penularan wabak COVID-19 dengan memastikan masyarakat mematuhi SOP yang telah dikeluarkan kerajaan.

Dalam perkembangan lain, hari ini, pihaknya bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah melaksanakan OP
Pematuhan di Pulau Besar Melaka.

Katanya, pulau terbabit adalah salah satu tempat dan pulau yang menjadi tumpuan masyarakat Melaka dan luar Melaka untuk berkunjung ke situ.

“Setelah pihak kerajaan memberikan kelonggaran pergerakan kepada individu yang sudah melengkapkan dua dos vaksinasi, ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti dan beriadah di pulau-pulau dan pusat peranginan bagi aktiviti perjumpaan santai di lokasi tumpuan ramai.

“Tujuan Op ini (di Pulau Besar) adalah bagi mengesan pengunjung yang melanggar SOP PPN Fasa 4 dan menyedarkan masyarakat dengan menyerahkan pemplat kepada pengunjung dan menyerahkan poster kepada individu untuk ditampal di premis dan tempat awam supaya masyarakat dan pengunjung mematuhi SOP PPN,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

583
Kongsi :
Previous post Penjaga parkir didakwa tendang, cubit dan pukul anak tunang guna penyangkut baju
Next post Soto Mak Semah kekal RM2 walaupun harga ayam melambung
Ubah saiz-+=