
PPSPM SASAR PERTANDINGAN RC POWER BOAT 2027 LEBIH MERIAH
AYER KEROH 18 Ogos – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bercadang untuk menganjurkan pertandingan Remote Control (RC) Power Boat pada skala lebih besar tahun depan.
Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Shaharul Azuar Idris berkata, hasrat itu susulan sambutan amat menggalakkan diterima pihaknya menerusi penganjuran sulung sempena Festival Sungai Melaka, baru-baru ini.
Katanya, bertempat di Tasik Chinchin, penganjuran selama dua hari itu mencuri perhatian lebih 900 pengunjung dan 100 peserta tempatan serta luar negara seperti dari Abu Dhabi, Singapura selain Indonesia.
“Justeru PPSPM berhasrat menganjurkan pertandingan ini pada skala lebih besar dan akan masukkan dalam takwim RC Power Boat Peringkat Asean pada tahun hadapan.
“Jumlah penyertaan dan kehadiran pengunjung yang tinggi secara tidak langsung membantu mempromosikan kawasan ini sebagai destinasi sukan air,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurut Shaharul Azuar, penganjuran pertandingan itu bukan sekadar memberi ruang kepada penggiat sukan RC Power Boat untuk beraksi tetapi menjadi platform mempromosikan Eco Cruise Tasik Chinchin kepada peserta dan pengunjung.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM NAFI PREMIS PANEL NAIKKAN HARGA BARANG BANTUAN
AYER KEROH 2 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menafikan dakwaan premis panelnya mengenakan harga jualan tinggi kepada penerima...
RESTORAN ARAB ‘KANTOI’ SOROK 230KG MINYAK MASAK SUBSIDI DALAM TIMBUNAN SAMPAH
PENGKALAN BATU 2 Oktober - Taktik sebuah restoran makanan Arab menyembunyikan kira-kira 230 kilogram minyak masak bersubsidi di sebalik timbunan...
JEMAAH LEBIH SELESA TUNAI IBADAH, TERIMA KASIH TOK RAUF
TANJUNG BIDARA 2 Oktober - Selepas hampir setahun ditutup akibat masalah kebocoran serius, Masjid Al-Jawahir, Pengkalan Balak, kini kembali dibuka...
MBMB SEIMBANG TANGANI ISU RAKYAT, CERIAKAN KAWASAN PENTADBIRAN
AYER KEROH 2 Oktober - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bukan sahaja memberi tumpuan kepada aspek kebersihan dan keceriaan bandar,...
MAIM TAMPIL BANTU PESAKIT SINDROM STEVENS-JOHNSON
KOTA LAKSAMANA 2 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tampil membantu seorang pesakit sindrom Stevens-Johnson, Hamdan Hashim, 39, memerlukan...
TOK RAUF TUNAI SOLAT JUMAAT DI MASJID PENGKALAN BALAK YANG BERWAJAH BAHARU
TANJUNG BIDARA 2 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Jawahir, Pengkalan...
