PRN Melaka: Pemuda UMNO ganda strategi kempen dalam talian

0
374
ASYRAF dalam sidang media selepas dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. (Kredit Foto: Facebook DR ASYRAF WAJDI DUSUKI)

KUALA LUMPUR 26 Okt – Pergerakan Pemuda UMNO akan menggandakan strategi kempen menerusi dalam talian susulan larangan aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pandemik COVID-19 adalah satu hikmah di sebalik ujian dalam mengaplikasikan sosial media sebagai saluran baharu untuk berkempen pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Melihat pada PRN Melaka ini, ia merupakan satu medan bagaimana kita hendak mempelbagaikan mekanisme┬ákempen menggunakan saluran media yang ada secara terbuka mahupun aplikasi yang bersifat tertutup.

“Jadi ini antara perkara yang kita sudah wujudkan, pasukan khas untuk kempen pilihan raya dan model mekanisme ini kita akan gunakan pada PRU ke-15 yang akan datang,” katanya pada sidang media di Menara Dato Onn di sini, hari ini.

Asyraf berkata, keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta jentera terus diberi keutamaan bagi pelaksanaan kempen PRN Melaka meskipun populasi dewasa negara kini sudah 95 peratus lengkap divaksin.

Menurut beliau meskipun pelaksanaan kempen dalam talian mempunyai kekurangan berbanding kempen bersemuka bersama akar umbi namun keselamatan serta kesihatan rakyat perlu sentiasa dititikberatkan.

Mengenai kerjasama Muafakat Nasional bersama PAS, beliau berkata keputusan daripada Majlis Tertinggi UMNO masih dinantikan meskipun perbincangan bersama PAS telah dilaksana. – BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.