Projek lindungi hakisan pantai Tanjung Dahan giat dijalankan

Masa Membaca:54 Saat

KUALA LINGGI 28 Julai – Kerja-kerja bagi membina struktur pemecah ombak sedang giat dijalankan bagi mengawal hakisan pantai berlaku di sekitar Tanjung Dahan.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Abd. Hakim Hamzah berkata, projek membangunkan struktur berkenaan telah dilaksanakan bermula 16 Mei lalu sekali gus mampu mengawal dan melindungi pangkalan nelayan dan kemudahan lain daripada ancaman hakisan pantai yang berlaku di kawasan terbabit.

“Terdapat dua bahagian pemecah ombak sedang dibina iaitu pada bahagian A kontraktor terlibat sedang menaiktaraf pemecah ombak sedia ada sepanjang 40 meter termasuk membina pemecah ombak baharu sepanjang 70 meter.

“Bagi bahagian B projek itu juga sedang menjalankan kerja menaiktaraf pemecah ombak sedia ada sepanjang 40 meter dan membina penyambungan baru pemecah ombak sepanjang 80 meter.

“Selain itu, kerja penambakan pasir “beach nourishment” juga sedang dilaksanakan di kawasan itu dengan sebanyak 5,000 meter padu digunakan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Tambahnya, projek yang sedang dilaksanakan itu dijadualkan mengambil masa selama 22 minggu dan dijangka siap pada 17 Oktober depan dengan kos sebanyak RM2,369,944.20.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1829
Kongsi :
Previous post Merlimau Berpeluh diadakan setiap bulan
Next post Pemuda maut dirempuh kereta
Ubah saiz-+=