Merlimau Berpeluh diadakan setiap bulan

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

MERLIMAU 28 Julai – Penganjuran program sihat Merlimau Berpeluh dijangka diadakan setiap bulan ekoran respon yang luar biasa daripada orang ramai.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, program itu bukan sahaja mendapat reaksi baik daripada warga Merlimau malah disertai masyarakat luar dari negeri Melaka.

Menurutnya, selain dapat kekal sihat,  dengan aktiviti seperti itu, program Merlimau Berpeluh juga dapat mewujud jalinan silaturrahim antara peserta melalui  beriadah.

“Kita dapati ada penambahan bilangan peserta yang menyertai penganjuran Merlimau Berpeluh 2.0 di Sekolah Rendah Arab Merlimau Pasir baru-baru ini.

“Ada lebih 2,000 orang yang hadir dan menyertai program tersebut, tidak termasuk yang datang memeriahkan karnival itu yang berlangsung sehingga malamnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini (MHI) selepas merasmikan Melaka Berpeluh dan Karnival Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan (3K).

Merlimau Berpeluh anjuran Jawatankuasa Penyelaras Dewan Undangan Negeri Merlimau bertujuan mewujudkan masyarakat yang sihat.

Dr Muhamad Akmal turut bersama-sama menyertai ‘fun run’ sejauh tiga kilometer mengelilingi kampung, di sini pada Sabtu.

Selain ‘fun run’, aktiviti snamrobik, saringan kesihatan PeKa B40 dan pemeriksaan gigi secara percuma juga diadakan.

Dr Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, pelbagai acara seperti senamrobik yang diadakan berjaya menarik penyertaan peserta dari pelbagai bangsa.

“Mereka tanpa mengira latar belakang ceria bersama-sama menjayakan program malah datang dari luar Melaka.

“Selesai bersenamrobik, peserta telah mengambil bahagian dalam acara larian santai sejauh tiga kilometer, menyusuri denai dan jalan kampung,” katanya.

Katanya, selain program sihat, karnival itu juga mempelbagaikan acara menarik khusus untuk golongan remaja antaranya permainan atas talian Mobile Legend dan pertunjukan Auto Show selain acara Malam Seni Anak Muda.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1912
Kongsi :
Previous post Tingkatkan integriti, jaga imej kerajaan negeri – KM
Next post Projek lindungi hakisan pantai Tanjung Dahan giat dijalankan
Ubah saiz-+=