Projek Poly Agro MyCendawan perkasa TVET dan keusahawanan

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

MERLIMAU 4 Ogos- Politeknik Merlimau Melaka (PMM) melaksanakan Projek Poly Agro MyCendawan sebagai inkubator keusahawanan selain membudayakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam kalangan pelajarnya.

Pengarah PMM, Norizam Sekak berkata, projek dimulakan Mac lalu itu adalah hasil kerjasama antara PMM dan Syarikat Sinar Syukrawie Enterprise berpengkalan di Jasin.

Katanya, sebelum projek dimulakan, pelajar mengambil bahagian diberikan pendedahan dan latihan berhubung proses penanaman cendawan oleh pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

WhatsApp Image 2023-08-04 at 15.17.55
NORIZAM melihat bongkah cendawan yang sedia dituai di tapak Projek Poly Agro MyCendawan PMM

“Dua minggu lalu kami mula menuai hasil cendawan yang dijual pada harga RM4 bagi setiap 250 gram. Bagi fasa pertama ini penanaman membabitkan 3,000 bongkah cendawan.

“Setiap bongkah boleh dituai sebanyak tujuh kali. Kami sedang menjalankan penyelidikan supaya bongkah ini boleh digunakan lebih lama.

“Secara umumnya projek ini turut berfungsi sebagai tapak kajian pensyarah dan pelajar PMM dalam membudayakan serta perkasakan TVET,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Norizam berkata, penanam cendawan itu juga sebahagian daripada projek perintis PMM untuk membantu pelajar kurang berkemampuan menjana pendapatan.

Jelasnya, katanya menerusi tanggungjawab diamanahkan kepada mereka, projek itu secara tidak langsung meningkatkan kompetensi pelajar sebagai pemimpin.

“Usaha ini adalah seiring matlamat PMM dalam melahirkan graduan yang holistik, memiliki ciri keusahawanan dan seimbang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1904
Kongsi :
Previous post 119 tempat teduh motosikal dibina di lebuh raya seluruh negara – Nanta
Next post KKM terima 1,843 rayuan ekoran urusan penempatan lantikan tetap
Ubah saiz-+=