PROMOSI I-WAQAF DALAM KALANGAN PENJAWAT AWAM

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 21 September – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menggerakkan petugas ke jabatan dan agensi kerajaan sebagai usaha menguar-uarkan inisiatif Program Pemotongan Gaji Wakaf Tunai Atas Talian Dalam Kalangan Penjawat Awam Negeri Melaka (i-Waqaf Melaka).

Setiausaha MAIM, Shaifulfazlee Mohamad berkata, inisiatif itu bertujuan menggalakkan umat Islam berwakaf secara tunai kepada dana wakaf Melaka menerusi potongan gaji.

“Selain menyediakan montaj cara untuk membuat pemotongan gaji, kami juga melakukan promosi secara terus, insya-Allah usaha ini akan meningkatkan dan menggalakkan lagi penjawat awam untuk berwakaf, sekaligus bersama-sama mengukuhkan solidariti serta ekonomi umat Islam.

“Ini adalah tahun pertama i-Waqaf diperkenalkan, berikutan itu kami belum menetapkan sebarang sasaran. Mungkin 2025 nanti kami akan tetapkan sasaran,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bagi Bulan September 2024 anjuran MAIM di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), semalam.

Terdahulu, beliau bersama Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman mengiringi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, melancarkan portal i-Waqaf.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; ketua-ketua jabatan dan agensi serta para penjawat awam Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

81
Kongsi :
Previous post PERUBAHAN CUACA: BERHATI-HATI KETIKA BERIADAH – KM
Next post TAMAN EKSTREM TASIK CHINCHIN KEMBALI ‘BERNYAWA’
Ubah saiz-+=