PROTON IRIZ ‘ANGKUT’ TANDAN KELAPA SAWIT CURI RENTUNG

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

JASIN 9 Oktober – Sepasang suami isteri bukan sahaja tidak sempat menjual kira-kira 30 tandan kelapa sawit disyaki dicuri, lebih malang apabila Proton Iriz digunakan bagi tujuan itu rentung dalam kejadian di sebuah ladang di Merlimau, awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superitendan Ahmad Jamil Radzi berkata, lelaki berusia 26 tahun bersama isteri berusia 25 tahun ditahan di perkarangan Balai Polis Merlimau pada jam 11.15 malam, 7 Oktober lalu selepas hadir untuk membuat laporan kemalangan kenderaan membabitkan Proton Iriz milik mereka.

Ded9487d Ef02 410c 8052 1c8366adabd8
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi. Foto Iqmal Haqim Rosman

Ahmad Jamil berkata, hasil siasatan awal pihaknya tidak menolak kemungkinan suspek menggunakan Proton Iriz berkenaan untuk mengangkut tandan kelapa sawit yang dicuri dari ladang berkenaan sebelum kenderaan itu terbakar.

“Proton Iriz digunakan pasangan ini dipercayai terbakar pada 3 Oktober, namun suspek hanya tampil membuat laporan berhubung kejadian empat hari kemudian.

“Kejadian disedari oleh polis bantuan bertugas menjaga ladang berkenaan. Suspek disyaki mengambil tandan berkenaan dari 21 pokok kelapa sawit di ladang itu yang berkeluasan 4,500 hektar,” katanya.

Whatsapp Image 2024 10 09 At 4.42.21 Pm
PROTON Iriz disyaki digunakan untuk memunggah tandan kelapa sawit curi terbakar. Foto JBPM Melaka

Sementara itu katanya, semakan dijalankan mendapati kedua-dua suspek memiliki rekod lampau membabitkan jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata, pasangan itu kini ditahan reman selama empat hari bermula semalam sehingga 11 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Whatsapp Image 2024 10 09 At 4.42.48 Pm
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran Proton Iriz. Foto JBPM Melaka

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

159
Kongsi :
Previous post SMIX 2024 TUMPU PERTUKARAN IDEA BERSAMA PAKAR TEKNOLOGI DIGITAL
Next post KHAIRUL AZREEM, DILANTIK PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI MELAKA
Ubah saiz-+=